admin on April 27th, 2011

Maaf blog ini tidak akan diupdate buat sementara ini sehingga masalah spam dapat diselesaikan. Harap maklum. Terima kasih kerana masih mengunjungi.

Untuk sementara waktu sila ke > http://exploreterengganu.blogspot.com/

admin on March 30th, 2011

Teknik – Bounce. WB – Kelvin

1

2

31

41

Tags:

admin on March 7th, 2011

Drama bersiri versi tamil ini sebenarnya adalah ilham daripada pelajar dan staf UniSZA.  Mereka yang terlibat pada hari tersebut datangnya dari Fakulti Inovatif dan Teknologi (FRIT), Fakulti Informatik dan Teknologi (FIT) dan juga dari Perpustakaan. Dalam facebook mereka menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Shutter Rulez.

Sebenarnya kumpulan ini sedang merancang untuk membuat beberapa lagi drama bersiri di masa-masa akan datang dengan tajuk yang berbeza. InsyaAllah akan dilakukan dalam masa tidak beberapa lama lagi. Bila masuk pawagam nanti mereka mensasarkan kutipan sebanyak RM40 juta seminggu hehehehe…

3

Walaupun drama ini hanya mengambil ‘still photo’ tapi banyak juga adegan yang terpaksa dilakukan berulang kali. Maklumlah pelakun adalah terdiri dari mereka yang sukarela untuk menimba pengalaman. Sungguhpun masa shooting ini singkat sahaja tapi sudah cukup untuk memberikan sedikit sebanyak pengalaman yang berharga kepada semua krew pada hari itu.

4

5

Pada masa sekarang mereka sedang memerah otak untuk menyiapkan skrip untuk satu lagi siri yang sangat menarik… tungguu

Tags:

admin on March 6th, 2011

poster

Ini adalah kisah percintaan tragis yang biasa berlaku di mana-mana. Kisah ini adalah perihal seorang pemuda yang memendam rasa bila cintanya tidak berbalas dan hatinya sentiasa bergelora bila melihat gadis pujaannya berdua-duaan dengan jejaka lain. Kemuncak cerita adalah tragedi pembunuhan hasil dari bisikan syaitan. Marilah sama-sama kita ikuti cerita bisu yang dihidupkan semula semenjak dari zaman Charlie Charplin untuk tatapan anda di era moden ini. Jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah jika anda mempunyai sebarang idea yang ingin dicadangkan atau apa-apa sahaja yang berkaitan.

cerita-drama1

cerita-drama2

cerita-drama3

cerita-drama4

cerita-drama5

cerita-drama6

cerita-drama7

cerita-drama8

cerita-drama9

cerita-drama10

cerita-drama11

cerita-drama12

cerita-drama13

cerita-drama14

cerita-drama15

Tags:

admin on February 24th, 2011

Saya muatkan sekali lagi posting atas tajuk yang sama. Kali ini kunjungan saya ialah kerana hendak menyiapkan artikel di blog explore terengganu yang mana saya mempunyai kontrak dengan Taman Tamadun Islam (TTI) bagi mempromosikan mereka sebanyak tiga kali sebulan selama tiga bulan.

Dalam seni fotografi walaupun kita mengunjungi tempat yang sama tetapi gambar yang bakal terhasil tidak akan sama. Ini adalah kerana sudut yang diambil sudah tentu berbeza kerana sudh tentu kita sentiasa inginkan sudut yang terbaik dan lebih kreatif dari sebelumnya. Dan yang paling ketara ialah cahaya tidak akan sama sebab ia sentiasa berubah setiap saat..

15

2

3

4

51

6

71

81

Tags:

admin on February 20th, 2011

Saya sebenarnya suka mengambil gambar motocross kerana ia sangat mencabar bukan sahaja kepada penunggang tetapi juga kepada jurugambar. Bagaimana hendak mengambil sudut yang baik, ketika mana nak tekan shutter, berapa speed yang digunakan, bagaimana nak bermain dengan cahaya, meteringnya bagaimana pula dan pelbagai-bagai perkara perlu masuk dalam perkiraan minda.

Untuk mengambil gambar seperti di bawah, nasihat saya ialah jangan kedekut dengan shutter-count. Kalau terasa sayang lebih baik ambil gambar lanskap atau potret. Sebabnya ialah kita tidak tahu bilakah saat yang terbaik aksi tersebut. Dengan menggunakan burst tahu sajalah.. sekali petik kamera akan mengambil gambar beberapa frem sekaligus dalam masa sesaat mengikut kemampuan kamera.

101

111

12

13

14

Kesemua gambar-gambar di atas saya gunakan Tv (Time-value) ataupun speed priority. ISO Auto, WB Auto. Ini akan memudahkan saya kerana tidak lagi perlu fikirkan pasal aperture sebab kamera akan memberikan yang terbaik berdasarkan pengiraannya. Jadi terpulanglah samada ingi speed laju atau perlahan dan exposure sentiasa dibetulkan oleh ISO auto tadi. Selamat mencuba!

Tags:

admin on February 3rd, 2011

Sekadar berkongsi beberapa tips yang mungkin dapat membantu…

8

1

Gambar suasana perayaan akan lebih menyerlah kalau kita dapat letakkan gambar sebelumnya. Sebab apa..? Ada sesetengah tempat suasananya sentiasa sibuk tanpa mengira waktu perayaan atau tidak.

5

Wajah kegembiraan dapat diluahkan melalui ekspresi wajah. Kanak2 adalah salah satu dari subjek yang paling ketara yang boleh ditonjolkan.

9

Perbezaan generasi silih berganti.

10

Gambar ketika senja adalah yang terbaik kalau ingin mengambil suasana cahaya suram sebab ketika ini langit masih kebiruan.

11

Walaupun tanpa subjek lain, pintu ini mampu menunjukkan suasana ketika itu.

7

Gunakan speed priority dan burst kalau ingin mengambil gambar sebegini.

Tags: , ,

admin on January 21st, 2011

Sedikit cebisan gambar untuk dikongsi bersama. Semua gambar menggunakan ‘TV’ (Time Value – Speed Priority) kerana kita tentukan speed berapa yang kita mahu dan kamera tentukan bukaan aperture yang sesuai. Kalau kita gunakan AV (Aperture Value) speed akan menjadi tidak menentu, jadi sudah tentu akan ada gambar yang akan kabur bila kamera membelikan speed  yang perlahan bila kita gunakan aperture yang tinggi.

ISO yang saya gunakan tidak tetap.. ada yang guna 640 dan bila hari sudah agak gelap saya tukarkan ke Auto ISO. Semua gambar menggunakan ‘burst 10 fps’ dan AI Servo.

21

52

42

82

72

Tags:

Semasa outing di Marang baru-baru ini saya sempat merakam beberapa siri gambar bot yang sama. Yang berbeza ialah cahaya dan komposisi. Penggunaan aperture dan speed yang berlainan, keadaan cahaya serta komposisi sudah tentu akan menyebabkan mood yang berbeza.

81

31

41

51

71

61

Tags:

admin on January 7th, 2011

Kalau anda pergi ke pasar ada banyak subjek yang dikategorikan sebagai ‘still life’ boleh dirakam di sana. Pelbagaikan sudut yang berlainan serta cuba tukar aperture dan speed supaya dapat menghasilkan mood yang tersendiri. Ini akan menambahkan kualiti gambar yang dihasilkan. Kalau anda mampu menghasilkan cerita di sebalik gambar tersebut akan menjadikan nilai yang lebih baik. Selamat mencuba.

8

13

14

9

15

10

11

Tags: