Maaf kerana lama tidak mengemaskini laman ini. Sebenarnya sewaktu memegang kamera masih lagi terasa kurang selesa dan berat kesan dari pembedahan tempohari. Harap dapat bersabar dan jenguk-jenguklah selalu ya…
Kali ini saya ingin tunjukkan bagaimana saya membuat iklan untuk majalah sebagaimana yang diminta oleh pelanggan. Tidak perlu untuk ke studio cuma lakukan sahaja di rumah. Yang [...]
Saya begitu tertarik bila terjumpa iklan billboard ini dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Ingat tak dahulu dalam salah satu siri pasal design yang telah saya catatkan di sini ialah bila kita membuat iklan ‘jangan berlebih-lebih’ kelak nanti orang akan cepat bosan atau mungkin rasa tertipu. Namun ada iklan yang dibenarkan oleh fikiran kita [...]
Continue reading about Konsep - Sejauh mana orang akan menerimanya?
Ligature.. satu istilah yang digunakan bagi dua atau lebih huruf yang disambungkan menjadi logo. Tetapi anda haruslah berhati-hati dalam memilih font yang sesuai kerana karakter pada font tersebut memainkan peranan yang penting dalam membentuk logo yang ideal.
Continue reading about Panduan mencipta logo 8 - Sambungkan Huruf ‘Ligature’
Masih buntu bagaimana mendapatkan idea mereka logo? Cuba cara ini pula… iaitu gabungkan antara teks dan gambar/ilustrasi. Logo-logo yang dihasilkan begini sangat menarik kalau kena dengan warna, jenis tulisan dan gambar. Untuk lebh menarik lagi cuba padankan logo yang anda hasilkan pada T’shirt, topi baseball, bag, mug dan lain-lain cenderahati. Saya pasti sudah tentu pelanggan [...]
Continue reading about Panduan mencipta logo 7 - Kombinasi Huruf dan Gambar/Ilustrasi
Kita sambung lagi pasal logo. Kali ini anda tidak perlu susah payah mencari objek untuk dijadikan logo. Cuma gunakan huruf sahaja. Walau bagaimanapun anda perlu bijak dalam memilih jenis-jenis font agar sesuai dengan imej sasaran anda. Jangan pula anda memilih font yang antik untuk menggambarkan teknologi. Sudah tentu tidak sesuai langsung. Jadi pandai-pandailah anda membuat [...]
Continue reading about Panduan mencipta logo 6 - Logo Huruf (LogoType)
Satu lagi cara yang boleh difikirkan ialah dengan meletakkan objek pilihan anda pada alamnya. Terdapat dua maksud di sini… pertama alam sebenar objek anda berada. Contohnya ikan akan berada di dalam air maka anda boleh gabungkan ikan dengan air, warna biru, buih, ombak dan sebagainya. Dan yang keduanya ialah sifat objek itu sendiri seperti lembu [...]
Continue reading about Panduan mencipta logo 5 - Letakkan di Alamnya
Satu cara yang agak mudah ialah dengan mengulang-ulang objek yang telah dipilih. Tapi anda kena pastikan biarlah ianya kena dengan objektif yang ingin disampaikan. Antaranya ialah jika anda ingin menyatakan ‘dinamik’, ‘kemajuan’ atau pun ‘masa depan’ mungkin cara ini adalah satu pilihan yang agak munasabah dan boleh diterima oleh pelanggan anda.
Continue reading about Panduan mencipta logo 4 - Ulang-ulangkan
Buntu bila membuat logo adalah perkara biasa. Tambahan pula bila objek yang dipilih agak susah untuk dilakarkan. Penyelesaiannya ialah cuba tukarkan imej yang kompleks tadi menjadi mudah dengan menjadikan imej tersebut Silhoutte . Banyak logo-logo yang ternama menggunakan kaedah ini. Kalau mereka boleh kenapa tidak anda? Selamat mencuba…
Continue reading about Panduan mencipta logo 3 - Tukarkan menjadi ‘Silhoutte’
Cara yang kedua ialah anda boleh memilih salah satu dari bahagian pada objek pilihan anda. Tetapi anda mesti ingat bahagian tersebut mestilah sesuatu yang paling menyerlah yang membolehkan orang mengenalpasti apakah objek tersebut. Misalnya helang… terletak pada paruh, mata dan kepaknya, gajah… pada belalai, gading, telinga dan kaki… dan begitulah seterusnya untuk objek-objek yang lain.
Continue reading about Panduan mencipta logo 2 - Pilih bahagian objek tertentu
Mencipta logo bukanlah satu kerja yang mudah. Ramai orang yang di luar bidang ini menyangka ia adalah kerja yang senang untuk dibuat memandangkan hasil terakhirnya nampak ringkas. Apa tidaknya adakalanya logo tersebut hanya berupa garisan yang dicoreng-coreng. Bagi yang memahami ada yang sanggup membayar hingga puluhan ribu ringgit untuk satu logo. Bagaimana anda hendak mendapat [...]
Continue reading about Panduan mencipta logo 1 - Arah pandangan

Komen & Soal-Jawab