admin on December 17th, 2009

Semasa ke Dungun baru-baru ini terserempak dengan sekumpulan pemancing di sekitar jambatan lama (Pulau Serai). Saya hanya menggunakan Aperture Priority kerana masa tidak begitu mengizinkan kerana hendak cepat pulang. Lebih kurang tiga minit sahaja masa diambil untuk mengambil gambar-gambar ini semua. Selamat melayari.

Continue reading about Life Style 6

admin on November 25th, 2009

Dua hari lepas semasa dalam misi menjejaki kawasan banjir di Terengganu, kami pergi ke satu tempat di Pulau Kerengga. Walau pun namanya pulau tapi ia bukanlah sebuah pulau sebenarnya. Di sini terdapat satu titian yang menghubungi antara dua daratan iaitu di sebelah pantai dan sebelah daratan yang dipisahkan oleh sebuah sungai. Terdapat banyak pokok bakau [...]

Continue reading about Life Style 5

admin on October 4th, 2009

Kadang-kadang terdapat suasana bila anda hendak mengambil gambar, cuaca mendung hendak hujan dan anda mengambil keputusan untuk segera berkemas meninggalkan tempat tersebut. Tunggu dulu! Sebenarnya cuaca sedemikian memberikan kesan yang cantik dalam gambar. Dan jangan lupa untuk mengambil sebanyak mungkin gambar anda tidak akan rugi apa-apa pun.

Continue reading about Life Style 4

admin on August 31st, 2009

Kalau sebelum ini kita telah melihat seorang nelayan pantai, kali ini saya paparkan seorang nelayan sungai sedang mengemudi bot fibernya. Saya tertarik dengan kilauan gerakan air yang terhasil bila bot ini menyusuri sungai ini.

Continue reading about Life Style 3

admin on August 30th, 2009

Seorang nelayan bersiap sedia untuk ke laut. Bacaan diambil pada kawasan cerah untuk menghasilkan imej silhoutte. Saya menunggu beberapa ketika supaya dapat merakam beliau mengusung enjin sangkut ke bot.  Penggunaan wide angle memberikan impak kepada awan.

Continue reading about Life Style 2

admin on June 8th, 2009

Musim ‘raja buah’ - Durian mucul kembali. Kita akan dapat mendengar kembali riuh rendah para penjual cuba memikat pelanggan untuk membeli durian mereka. Bagi jurufoto seperti saya dan anda, inilah peluang terbaik untuk merakam aktiviti tahunan ini. Kalau anda melepas kali ini, anda terpaksa menunggu tahun hadapan pula untuk merakam aktiviti sebegini.

Sebelum anda menerjah untuk [...]

Continue reading about Life Style1