admin on November 4th, 2009

Ini adalah satu pemandangan yang jarang-jarang dapat kita temui sekarang. Ada anak sungai yang kecil berhampiran laut. Tempat ini terletak di Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Sewaktu saya berkunjung ke sini tempohari cuaca mendung kerana sekarang sudah bermula musim tengkujuh di Terengganu. Walau bagaimanapun bila dah sampai kena ambil juga walaupun pengcahayaan agak kurang memuaskan.
Kebiasaan saya [...]

Continue reading about Landscape10

admin on July 21st, 2009

Bila anda ingin mengambil gambar lanskap, cuba perhatikan setting yang terdapat dalam kamera anda. Kalau kamera Canon, ada satu mode yang dinamakan ‘picture style’ . Nikon mungkin berlainan settingnya. Pelbagai mode tersedia untuk digunakan. Antaranya ialah mode lanskap. Jangan keliru dengan scene mode. ‘Scene mode’ adalah setting tersedia untuk gambar lanskap, potret, malam dan sebagainya. [...]

Continue reading about Landscape9

admin on July 15th, 2009

Ingin mengambil gambar ‘Ray of Light’? .
Setkan kamera anda kepada f11 ke atas dan speed yang laju seperti 1/125 atau 1/150. Kalau boleh biarlah -E.V (Exposure value). Ini akan membirukan langit dan cahaya awan akan terserlah.

Continue reading about Landscape8

admin on June 21st, 2009

Gambar Masjid Kristal dirakam menggunakan tripod dan cable release. Saya sudah lupa berapa lama dedahannya tetapi cukup untuk membuatkan langit dan air menjadi lembut bak sutera.

Continue reading about Landscape7

admin on June 14th, 2009

Menjangkakan matahari masih lagi akan bersinar hingga terbenam seperti semalam, saya pergi sekali lagi hari ini. Kali ini menghampiri Masjid Kristal. Malangnya bila matahari hampir tenggelam rupa-rupanya ada awan di kaki langit. Jadi inilah sahaja yang dapat dirakam. Saya menggunakan  speed 1/160 dan f10 memandangkan terdengar deruan bot membelah sungai. Jadi untuk mematikan pergerakkan bot [...]

Continue reading about Landscape6

admin on June 13th, 2009

Gambar diambil petang tadi Kg. Losong, di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Waktu hampir pukul 7.00 petang bilamana matahari hampir tenggelam di ufuk barat. Gambar ini telah melalui post editing di Photoshop (PS). Inilah zaman digital, segalanya menjadi mungkin. Mengetahui photoshop kini telah menjadi satu kewajipan kepada setiap jurugambar. Gambar yang hambar menjadi bernilai [...]

Continue reading about Landscape5

admin on May 31st, 2009

Bila mengambil gambar-gambar lanskap pastikan anda tidak terlupa untuk memasukkan sama latar hadapan seperti pokok, tiang dan seumpamanya dalam salah satu dari foto anda. Objek-objek ini penting bagi menunjukkan jarak antara tempat yang anda berada dengan objek yang anda fokus.

Continue reading about Landscape4

admin on May 28th, 2009

Ketiga-tiga gambar di bawah saya menggunakan ND Filter untuk memberikan kesan yang lembut pada air yang mengalir.Setting yang digunakan ialah ISO100, f22 dan speed antara 1/5 - 1/10. Kalau anda mempunyai ND filter, cubalah kerana hasilnya sangat mengujakan.

Continue reading about Landscape3

admin on April 27th, 2009

Tasik Kenyir, Terengganu, MALAYSIA
Gambar kepala bot ini sengaja dimasukkan bagi menunjukkan jarak antara bukit dengan tempat di mana saya mengambil gambar tersebut. Saya minat gambar ini disebabkan oleh keunikan rupabentuk bukit tersebut seolah-olah bagaikan berada di negara China.

Continue reading about Lanscape2

admin on April 27th, 2009

Marang, Terengganu, MALAYSIA
Balikan cahaya (reflection) yang wujud pada air menyebabkan terserlah unsur-unsur pergerakan terutamanya pada awan. Ia bagaikan membawa mata kita terus daripada rimbunan pokok-pokok kelapa ke luar.

Continue reading about Lanscape1