Petang semalam saya pergi sorang-sorang ke Baazar Ramadhan Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Rasa macam tak lengkap kalau tak ambil aktiviti ini. Saya pergi lebih kurang pukul 5.15 petang dan ketika ini suasana sudah mula sibuk jadi tumpuan orang pada saya agak kurang sikitlah sebab masing-masing sibuk melayan pelanggan kalau tidak sudah pasti semua [...]
Sebenarnya gambar yang anda akan lihat di bawah tidaklah boleh dikategorikan sebagai 100% potret untuk dunia korporat. Namun bolehlah sebagai permulaan supaya bila mengambil gambar pada situasi sebenar kelak anda sekurang-kurangnya tidaklah begitu kekok untuk berhadapan dengan Dato’ Seri, Tan Sri, Tengku atau sesiapa sahaja. Semalam saya berpeluang mengambil gambar di UMT bagi kegunaan kerja [...]
Semasa pergi ke KB baru-baru ini isteri yang memandu. Saya mengambil peluang menembak apa sahaja yang sempat sepanjang perjalanan. Ini kiranya antara yang terbaik memandangkan dishoot dari dalam kereta dan gambar jadi kurang jelas sebab ada cermin hadapan kecuali gambar pertama yang cermin sisinya dibuka.
Pengalaman mengambil gambar di kawasan paya bakau mempunyai keunikannya tersendiri. Banyak hidupan yang jarang-jarang kita temui terdapat di sini. Kalau anda mempunyai lensa makro jangan lupa bawa sekali sewaktu berkunjung di kawasan sebegini kerana terdapat banyak juga hidupan yang bersaiz kecil di sini. Di bawah adalah sebahagian yang sempat saya abadikan sewaktu berkunjung ke sini.
‘Drebar Teksi’ begitulah panggilan warga tempatan (Terengganu) kepada pengayuh beca. Gambar ini saya rakam sewaktu outing di Pasar Payang baru-baru ini. Kalau diikutkan beca seperti yang ada pada Pak Cik ini adalah merupakan kenderaan paling mahal tambangnya di dunia. Apa tidaknya bayaran untuk pejalanan sejauh satu kilometer mungkin anda terpaksa membayarnya sebanyak RM3-5. Bayangkan berapa [...]
Tanpa disangka-sangka baru-baru-baru ini 15.4.2010 saya telah menjalani pembedahan bypass di Institut Jantung Negara. Pada masa sekarang saya kena banyak berehat dan belum bersemangat lagi untuk membuat update di alam maya sebab keadaan masih lagi lemah. Sebelum bercerita panjang bagaimana semua itu boleh terjadi marilah kita tengok dulu animasi bagaimana pembedahan ini dilakukan.
Kepada yang mendoakan, [...]
Continue reading about Menjalani Pembedahan Jantung - Bypass
Pok De adalah merupakan sorang nelayan pesisir pantai di Kuala Terengganu. Secara tidak sengaja kami bertemu beliau sewaktu sedang mengambil gambar untuk bengkel ini dan beliau sangat peramah orangnya. Banyak juga rahsia yang diberikan kepada kami sebagai orang yang berusia lanjut yang sudah tentu mempunyai pengalaman yang bukan sedikit.
Kepada peserta yang bakal mengikuti bengkel ini [...]
Mungkin ramai beranggapan apa guna mempelajari DSLR sedangkan setakat ini apa yang diambil sudah menjadi. Set Auto dan siap!. Jika anda hanya inginkan gambar yang ‘menjadi sahaja’ saya nasihatkan jangan bazirkan wang anda bukan sahaja untuk menyertai bengkel ini bahkan jika anda belum lagi membeli kamera saya nasihatkan beli sahaja kamera digital P&S (Point and [...]
Aksi kanak-kanak yang sempat dirakam sewaktu majlis perkahwinan. Kanak-kanak adalah satu dunia tersendiri. Dunia yang belum mengerti apa itu kepayahan hidup bagi mencari rezeki…. Falsafah mereka ialah… Don’t worry be HAPPY!
Katakanlah pada saat ini anda mempunyai sebuah kamera DSLR dan wang berjumlah RM350.00. Kamera tadi telah lama anda beli dan anda tidak tahu sangat menggunakannya selain menggunakan mode AUTO sahaja. Kebetulan pula anda terlihat promosi di atas dan anda pasti pada ketika ini anda mempunyai wang sebanyak RM350.00. Tapikan jumlah RM350.00 tu agak banyak juga [...]
Continue reading about Jika anda mempunyai kamera DSLR dan duit RM350.00 …

Komen & Soal-Jawab