‘Teddy bear’ ini sebenarnya adalah rantai kunci dan saya menggunakan lensa makro 100mm f2.8. Tidak menggunakan flash sebaliknya hanya letakkan di atas kerusi sofa di tepi tingkap.
Ini adalah produk seni tembaga Terengganu. Untuk mengambil gambar sebegini anda memerlukan speed yang tinggi supaya background dapat digelapkan. Kadang-kadang bila barangan lama seperti ini banyak yang sudah berhabuk dan untuk membersihkannya sudah tentu memakan masa jadi teknik ini salah satu yang boleh digunakan untuk meminimakan kecacatan yang mungkin kelihatan dan gambar akan kelihatan lebih [...]
Gendang Rodat! itulah sebenarnya nama benda ini yang dipinjamkan oleh Al Fathil Ustaz Badrul dari Ribath Pulau Manis kepada saya. Diperbuat daripada kulit kerbau dan bunyinya cukup mempersonakan. Khabarnya hanya tinggal seorang sahaja warisan dari kesenian rodat yang masih tinggal. Kelak saya aku cuba memaparkan potret wajahnya di sini.
Gambar yang saya rakamkan dibawah diambil di [...]
Salah satu kelebihan yang ketara pada kamera DSLR ialah kebolehan untuk kita menukar lensa. Adakalanya terdapat keadaan yang tidak mengizinkan untuk kita membuat set-up yang bersesuaian atas sebab-sebab tertentu umpamanya objek tersebut tidak dapat dialih ataupun memang ketiadaan ruang yang sesuai menyebabkan kita terpaksa merakamkan gambar di situ juga.
Dua gambar di bawah adalah contoh yang [...]
Gambar-gambar di bawah ialah produk keluaran dari Cameron Highland. Sebenar saya sengaja post lewat kerana posting pasal Cameron Highland sudah terlampau banyak tempohari jadi saya peramkan sekejap. Settingnya seperti biasa ISO200, f9.0 dan speed 1/60 bagi kebanyakan gambar yang saya ambil. Saya lebih suka menggunakan Kelvin bagi White Balance kerana warnanya lebih tepat berbanding Auto [...]
Gambar-gambar di atas adalah koleksi gambar-gambar lama saya. Kereta Ferrari ‘Shell’ ini saya gunakan sebagai model untuk mencuba bermain penataan cahaya. Sungguhpun gambar-gambar tersebut tidak melepasi tahap bagi membuat apa=apa bahan bercetak misalnya kerana masih banyak kekurangan pada pandangan saya tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencapai maksud untuk bermain dengan cahaya atau lebih tepat lagi cahaya [...]
Singgah di perkampungan nelayan di Merchang, Terengganu sewaktu ke Dungun. Banyak bot yang letakkan di sini kerana sewaktu gambar ini diambil nelayan tidak turun ke laut kerana ombak besar.
Gambar ini saya crop bagi memberikan lebih kekuatan. Warna-warna yang terdapat pada badan bot dan balikan pada air memberikan kesan keceriaan pada gambar ini. Cropping hendaklah dilakukan [...]
Satu siri gambar sampan yang tersadai di tepi Sungai Ibai. Saya tukarkannya menjadi B&W agar menjadi lebih dinamik.
Tertarik dengan skima warnanya yang menonjol. Kombinasi warna yang digunakan mewujudkan kontras dan sesuai sekali peranannya sebagai ’signage’. Keunikannya digunakan untuk dijadikan pelbagai barangan termasuklah ‘key chain’ ini.

Komen & Soal-Jawab