Seronok juga mengambil gambar siput babi ni. Walaupun nampak perlahan tetapi jurugambar perlu bertindak cepat dan siput ini sentiasa bergerak tanpa henti.Saya juga menggunakan kaedah ‘Backlighting’ dan hasilnya sudah tentulah berbeza sekali.
Mentadak ini diambil dari celah-celah daun. Untuk mengambil objek yang besar seperti mentadak ini sebenarnya tidak perlu kepada lensa makro pun. Gunakan lensa sediada untuk mula berjinak dalam bidang makro ini. Kalau ada kesungguhan, insyaAllah anda boleh berjaya satu masa nanti.
Satu perkara penting yang perlu diberikan perhatian sewaktu mengambil gambar makro ialah latar belakang. Sekiranya silap memilih latar belakang akan menyebabkan gangguan kepada subjek utama. Elakkan sesuatu yang terang seperti tompokan cahaya putih ataupun warna-warna yang boleh menyebabkan tumpuan mata beralih daripada subjek asal.
Gambar mentibang ini dirakam berhampiran air terjun Lasir, Tasik Kenyir. Percayakah anda kalau saya katakan bahawa mentibang ini panjangnya lebih dari satu kaki? Benar… saya juga sukar mempercayainya dan inilah kali pertama saya melihat mentibang sepanjang ini. Gambar-gambar ini betul-betul memberikan satu pengajaran yang sangat bermakna kepada saya. kenapa? kerana saya sukar ‘membuktikan’ bahawa mentibang [...]
Belalang ini ukurannya tidak sampai 1 cm. Dan sekali lagi menjadi bahan ujikaji makro sama seperti sebelum ini. Cuma masalahnya ialah ia amat liar dan sering berpusing-pusing dan adakala melompat. Terpaksa mencari ke sana ke mari dan shooting balik. Akhirnya berjaya dapat satu posing yang ‘agak’ puashati sebelum dilepaskan. Setting kamera adalah f18, 1/80, ISO200 [...]
Secara tidak sengaja terjumpa ulat ini sedang melepak di atas sehelai daun. Kemudian saya teringat ada seorang forumer photosantai yang mengepos gambar makro menggunakan latar belakang putih. Rasanya inilah waktu yang sesuai untuk mencuba memandangkan saya mempunyai satu perspek putih di rumah. Untuk memudahkan cerita jadi daun tadi dicabut kerana tidak mahu mengganggu ulat ini.
Sebenarnya [...]
Sang Mentadak
Antara gambar makro pertama saya ialah semut ini. Rupanya mengambil gambar makro tidaklah mudah disangka. Ada banyak faktor penyumbang yang menyebabkan situasi menjadi kelam kabut. Antaranya ialah subjek itu sendiri yang tak senang duduk diam dan yang kedua ialah tiupan angin akan menyukarkan fokus. Oleh kerana itu ‘kesabaran’ adalah kunci kejayaan kalau mahu menjinakkan [...]
Kupu-kupu
Cahaya ketika ini biasa sahaja.. terang secara keseluruhannya. Apa yang saya buat ialah menggunakan ‘external flash (speed light)’ yang diletak sebelah kanan dan dibantu dengan penggunaan transmitter. Hasilnya, ia akan memberikan mood cahaya yang berbeza sama sekali dengan keadaan asal.

Komen & Soal-Jawab