Tahukah anda bahawa gambar yang biasa boleh menjadi luarbiasa dengan hanya sedikit pindaan? Gambar atas adalah contohnya…. Satu pemandangan biasa yang boleh dilihat dimana-mana selepas hujan. Yang membuatkannya berbeza ialah jurugambar ini menterbalikkan gambar seolah-olah balikan tersebut terletak pada siling walhalnya ia adalah susunan simen konkrit jalan.
Dengan menterbalikkan gambar, subjek ini seolah-olah berada dalam kedudukan [...]
Di bawah dipaparkan beberapa lagi contoh gambar yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama. Yang paling penting di sini ialah jarak. Penggunaan jarak yang betul boleh memberikan satu ilusi yang berlainan kepada orang yang melihatnya. Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, idea ini memerlukan ketajaman fikiran seseorang jurugambar kerana hasilnya perlu disiapkan terlebih dahulu [...]
Saya terjumpa gambar ini secara tidak sengaja di internet. Begitu peka sekali jurugambar ini dengan subjek yang akan diambil. Nampak seolah-olah seorang manusia sedang memikul beban yang berat di belakang. Cuba kita lihat exifnya. Dia ahanya menggunakan kamera 20D sahaja. Agak ketinggalan zaman modelnya namun gambar cukup bagus.
Bukaaan aperturenya f8 - sederhana luasnya dan speed [...]
Saya sukakan gambar ini kerana ia mewujudkan teka-teki dalam diri saya tentang sumber cahaya yang digunakan. Berapa flash yang digunakan kerana untuk kiri dan kanan nampaknya tidak ada masalah, yang menimbulkan sedikit persoalan ialah bagi rokok yang sedang menyala dan asapnya. Gambar ini menjadi cabaran untuk saya mencubanya satu hari nanti.
Sepintas lalu gambar di atas biasa sahaja. Yang menjadikan gambar ini luar biasa kerana terdapat sebuah bot di situ. Bot itu menjadi ‘penegasan’ dalam gambar ini sebagaimana kita telah belajar di topik asas senireka sebelum ini. Cuba anggap kapal itu tidak wujud, pasti anda tidak akan tahu bahawa itu icebergĀ yang terdapat di situ adalah [...]
Untuk menjadi jurugambar dan designer yang baik, ‘kepekaan’ terhadap sesuatu perlu tinggi. Lihatlah bagaimana gambar ini dihasilkan, gabungan urat kayu dan batang mancis yang sudah digunakan menjadi satu konsep yang unik seolah-olah mancis tersebut sedang menyala. Apa lagi agaknya yang boleh dibuat? Sama-sama kita fikirkan..
Mulai hari ini saya akan meletakkan gambar-gambar pilihan yang terdapat di internet yang boleh dijadikan panduan kita bersama. Saya mulakan dahulu dengan gambar aksi pelumba basikal Le Tour de France.
Pertama kali saya melihat gambar sebegini rupa. Adakah anda fikir gambar ini diambil secara nasib? Saya fikir tidak. Jurugambar ini telah membuat kajian terlebih dahulu di [...]

Komen & Soal-Jawab