admin on August 7th, 2010

Semalam singgah ke Kuala Lumpur kerana ada mesyuarat di UKM, Bangi. Sempat merakam sedikit sebanyak bangunan sewaktu di sana.

Continue reading about Architecture 11

admin on May 11th, 2010

Ini adalah antara shot terakhir saya semasa bengkel pertama hari ke dua ketika melawat ke taman tema. Keesokkannya saya terus ke IJN untuk rawatan dan sehingga sekarang tidak lagi mengambil gambar kerana keadaan belum mengizinkan.

Continue reading about Taman Tema TTI

admin on March 7th, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai masjid terapung yang terletak di Kuala Terengganu ini sebenarnya sudah dirakam ribuan kali oleh para jurugambar dari seluruh dunia. Namun tidak ada satupun yang sama kerana cahaya, cuaca serta sudut pengambaran mungkin berbeza.
Gambar ini saya rakam semalam sebelum dan sejurus matahari terbenam. Saya menggunakan spot meter bagi [...]

Continue reading about Architecture 10

admin on December 15th, 2009

Masjid Hiliran, salah satu masjid tertua di Terengganu. Gambar ini saya ambil sewaktu meggunakan kamera Canon EOS 400D. Menggunakan Filter CPL (Polirizer) bagi membirukan langit. Sebenarnya anda tidak perlupun menggunakan filter ini, guna sahaja aperture f13 dan speed yang agak laju sedikit insyaAllah akan dapat hasil seperti ini. Gambar dirakam seawal 7.30 pagi.

Kesemua gambar menggunakan [...]

Continue reading about Architecture9

admin on October 2nd, 2009

Pernah atau tidak bila anda ingin mengambil gambar sesebuah bangunan, anda menghadapi masalah dari segi angle yang sesuai? Mungkin kerana rekabentuk bangunan itu sendiri ataupun sebab-sebab lain seperti ada pokok menjalar yang mungkin mencacatkan gambar.

Sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah ini iaitu anda hanya perlu mengambil sebahagian kecil sahaja dari bangunan itu dan selebihnya biarkan [...]

Continue reading about Architecture8

admin on July 10th, 2009

Pagi tadi pergi ke Taman Tamadun Islam dan sempat merakam Masjid Kristal dan juga Pusat Konvesyen. Saya tidak ke taman tema kerana kesuntukan masa, InsyaAllah akan berkunjung lagi ke sana nanti. Berikut adalah beberapa keping pemandangan yang dihasilkan di sini.

Ini ialah gambar yang dirakam seawal 6.35 pagi lebih kurang. Kebetulan langit begitu cerah tanpa awan [...]

Continue reading about Architecture7

admin on July 4th, 2009

Gambar diambil kira-kira pukul 7.15 pagi. Menggunakan spot metering untuk membaca bahagian masjid yang paling cerah dan recompossed. Sebenarnya sudah lama tidak ke sini dan nampaknya ada perubahan pada lanskap persekitaran walaupun masih dalam pembinaan.

Continue reading about Architecture6

admin on June 19th, 2009

Gambar dirakam pagi tadi di Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu. Terdapat satu perkampungan yang sedang dibina bagi tujuan pengambaran filem. Tidak banyak yang dapat diambil di sini kerana strukturnya masih dalam proses pembinaan.

Continue reading about Architecture5

admin on April 27th, 2009

Rumah Tradisional, Tg. Sabtu, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Diambil sewaktu outing bersama-sama forumer photosantai.com. Gambar ini adalah permulaan mencuba teknik HDR. Kelebihan teknik ini ialah ia berupaya menunjukkan kawan yang gelap sebagaimana kita melihat kawasan yang cerah kerana ia diambil dengan dedahan yang berlainan iaitu under, normal dan over exposed. Hasilnya kita akan dapat melihat sebagaimana [...]

Continue reading about Architecture4

admin on April 27th, 2009

Sutra Beach Resort, Setiu, Terengganu, MALAYSIA

Bumbung ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk tradisi rumah Melayu Terengganu. Yang menjadikan saya tertarik untuk merakam gambar ini adalah kerana tompokan awan memberikan warna yang kontras antara keduanya.

Continue reading about Architecture3