admin on September 3rd, 2010

Sempat berkunjung sekali lagi ke Pasar Payang kali ini di bulan puasa pula. Tujuan utama ialah merakam suasana, senibina atau apa-apa sahaja yang menarik di sana memandangkan mengikut perancangan sebahagian struktur bangunannya akan diubahsuai tidak lama lagi. Saya mulakan dulu potret peniaga dalam versi hitam putih.

Akibat keletihan..

Serius berposing…

Terlelap!…

Mungkin merenung masa depan yang tidak menentu..

Continue reading about Potret Penjual di Pasar Besar Kedai Payang (3)

admin on October 13th, 2009

Gambar kanak-kanak ini dirakam semasa outing di Kg. Batangan, Seberang Marang, Terengganu. Satu keluarga yang miskin dan ibunya bekerja membuat rokok daun dan bapanya tidak pulak saya tahu kerana lupa bertanya. Gambar ini asalnya warna tapi nampak lebih bermakna jika ditukar ke hitam putih.

Continue reading about People 13

admin on October 5th, 2009

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar-gambar terawal saya sejak mempunyai kamera DSLR. Kalau anda hendak tahu antara subjek yang paling senang diambil ialah kanak-kanak terutamanya bila mereka di dalam kumpulan. Yang penting anda perlu ramah menegur sapa mereka dan pandai memujuk. Kalau anda berjaya melepasi halangan ini, siaplah untuk merakam aksi-aksi luarbiasa mereka. Silap-silap gaya, [...]

Continue reading about People 12

admin on August 11th, 2009

Pernahkah anda mengambil aktiviti di sawah padi? Belum? kalau belum anda patut mencubanya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kalau malu anda patut menyertai forum fotografi dan setkan aktiviti outing di sawah padi berhampiran.
Apa kata anda membuat sedikit kelainan dengan mencuba dari sudut atas. Caranya? Gunakan monopod, kalau tidak ada, gunakan tripod tetapi berat sikitlah hendak mengangkatnya. [...]

Continue reading about People 11

admin on July 31st, 2009

Pagi tadi sempat menyelami kehidupan nelayan pantai di Marang. Walaupun cuaca agak mendung tetapi kebetulan bertemu orang sedang menjala, jadi agak berbaloi. Ambil menggunakan seting burst untuk mendapat saat terbaik ketika melempar jala. Speed agak laju lebih kurang 1/320 dan F14, ISO 200 lebih kurang untuk menghasilkan silhoutte serta menggelapkan langit. Post processing menggunakan Photoshop.

Dan [...]

Continue reading about People10

admin on July 7th, 2009

Semalam, saya menyempurnakan satu tugasan ’segera’ mengambil gambar di beberapa makmal di UDM, Kampus Kota. Saya tertarik dengan gambar ini kerana ianya diambil secara ‘back lighting’. Setelah saya membelek-belek keseluruhan gambar yang diambil saya terperasan teknik ini menampakkan keunikannya berbanding dengan gambar-gambar yang menggunakan sumber cahaya dari sudut hadapan. Kalau anda mengambil gambar perkahwinan contohnya, [...]

Continue reading about People9

admin on June 1st, 2009

Salah satu yang menjadikan sesuatu gambar seronok dilihat ialah apabila sudutnya berbeza dengan pandangan biasa kita. Umpamanya gambar di atas, kalau secara biasa sudut mata kita mesti selari dengan pakcik ini. Tetapi bila diambil dari sudut yang rendah, perspektifnya sudah berbeza sama sekali. Tambahan pula jika menggunakan wide-angle. Ia akan mewujudkan ‘leading line’ pada jambatan [...]

Continue reading about People8

admin on May 22nd, 2009

Aktiviti membatik di tepi Sungai Nerus. Dirakam semasa outing menyusuri sungai dengan geng-geng photosantai.com. Gambar ini menggunakan lensa wide-angle untuk menampakkan jaluran kain yang bersidai di kiri dan kanan. Lagi satu, tempat ini terlalu sempit dan lantainya pula becak dengan air warna dari kain yang disidai. Kelebihan wide angle ialah ia mampu meluaskan tempat yang [...]

Continue reading about people7

admin on May 18th, 2009

Gambar dirakam dari atas bangunan ketika hujan yang agak lebat. Saya tertarik dengan orang yang berpayung ini yang tiba-tiba muncul dan ini menjadi satu titik fokus (subjek utama). Tambahan pula teksi yang berwarna kuning serta kereta di sebelah kanan yang membuka lampu itu seolah-olah sedang menuju ke arahnya. Ini menguatkan lagi tumpuan kepada subjek utama.
Apa [...]

Continue reading about People6

admin on May 17th, 2009

Dirakam di awal pagi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Berpagi-pagian mereka keluar mencari rezeki. Tapi inilah sumber rezeki yang mereka berikan kepada keluarga mereka sehinggakan ada di antara anak-anak mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.
Matahari masih belum menjenguk wajahnya lagi dan ketika ini cahaya kemerah-merahan pasti akan membuatkan gambar menjadi sangat menarik. [...]

Continue reading about People5