Satu lagi gambar semasa outing di Cendering baru-baru ini. Memandangkan gambar ini adalah silhoutte, saya masukkan ke kategori ini. Satu perkara yang saya ingin sentuh di sini ialah posisi atau kedudukan subjek bila mengambil gambar. Cuba perhatikan gambar di atas. Posisinya mengadap ke matahari. Apa kata kalau dia mengadap ke arah yang berlawanan? Sudah tentu [...]
Silhoutte boleh dilakukan di mana-mana tanpa mengira tempat asalkan kita berjaya menghitam objek sepenuhnya.Gambar ini saya rakam kerana tertarik dengan struktur besi yang bersimpang siur dan orang yang sedang berjalan yang mewujudkan kontras antara keduanya.
Di satu pagi yang cukup indah. Berhadapan Laut Cina Selatan. Sayang sekali badan jurugambar tidak dapat di tunjukkan sepenuhnya kerana berada di tempat yang agak tinggi. Kalau direndahkan kamera nescaya laut pula tidak akan nampak. Jadi ambil sahaja setakat termampu.
Gambar diambil ketika waktu maghrib. Di belakang kanak-kanak ini adalah Taman Tamadun Islam. Lampu jalan dan bangunan yang menyala mulai menyinari air Sungai Terengganu. Kebetulan kanak-kanak ini sedang mandi. Menyedari saya sedang mengambil gambar, dia memberikan posing ‘peace’. Macam biasa untuk mendapatkan kesan silhotte, ambil bacaan tempat cerah iaitu balikan cahaya lampu. Dan inilah hasilnya….
3 orang remaja sedang bersantai sambil bemain ‘game console’ di awal pagi di Kg, Rusila Marang. Gambar ini sememangnya bertujuan untuk menghasilkan kesan silhoutte. Masa saya hendak mengambil gambar mereka, kedudukan mereka tidak begini. Semuanya duduk di atas bangku tersebut jadi kesannya kurang menarik. Saya mengarahkan salah seorang agar berdiri. Alhamdulillah mereka memberikan sepenuh kerjasama.
Saya [...]
Geshuu?
Gambar jurugambar terkenal myazizi (hehehe..) mungkin sedang membelek gambar dan tertanya-tanya dalam hati..’Apsal tak jaddi nii.., masalah kamera ke happer nii?’ Sorry zizi.. joke sikit…
Lokasi pengambaran ialah di Muzium negeri Terengganu. Rumah yang Azizi lepak tu dindingnya diperbuat dari anyaman buluh. Kerana itu terdapat banyak lubang-lubang kecil di sebelah kirinya. Namun ianya memberikan kesan yang [...]

Komen & Soal-Jawab