Setelah dua tiga kali tertangguh kerana kesibukan hari ini saya gagahkan juga pergi ke rumah sepupu untuk mengambil anak kucing belaannya yang comel…. Yaalah memandangkan anak-anak kucing ni cepat membesar jadi perlulah disegerakan sebelum terlambat. Sebagaimana kanak-kanak.. anak kucing juga memang payah untuk mengambil gambarnya. Perlukan kesabaran yang tinggi juga sebab mereka terlalu aktif. Baru [...]
Kali ini saya mengambil kucing sebagai bahan ujikaji bagi menghasilkan gambar bokeh menggunakan 70-200mm f2.8. Sebelum memetik shutter saya akan perhatikan dahulu latar belakang supaya bila gambar terhasil akan nampak bersih. Tidak lupa juga untuk mengambil secara backlighting kerana kesannya sangat menarik. Anda boleh mencuba sendiri dengan 50mm f1.8 anda sekiranya anda mempunyai masa.
Gambar kerbau balar di bawah diambil semasa outing banjir tempohari. Memandangkan ia sesuatu yang jarang ditemui maka saya dan rakan-rakan turun dari kereta dan merakam gambar-gambar ini. Apa tujuan saya mengambil gambar-gambar ini? Entah, saya tak boleh menjawab soalan tersebut buat masa sekarang. Tetapi ia mungkin perlu di masa akan datang. Tiada siapa tahu…
Mengambil gambar binatang seperti kucing tidaklah semudah yang disangka. Anda harus mempunyai kesabaran serta tahu mengendalikan kamera dan flash dengan baik. Kalau anda mempunyai kucing di rumah anda, jadikan ia sebagai satu bahan ujikaji anda untuk mengasah skil anda.
Kucing-kucing ini diberi nama Manja dan Lara oleh tuannya. Selamat melayari…
Pagi ini saya menjelajah sekejap ke pinggir bandar iaitu di sekitar Manir. Seperti semalam hari ini hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat. Semasa gambar ini diambil hujan rintik-rintik dan ada ketikanya renyai dan beransur lebat. Sebab itu kesemua gambar di bawah saya ambil dari dalam kereta.
Saya menggunakan mode A (Aperture priority - kita setkan aperture manakala kamera [...]
Mengambil gambar binatang seperti ini kadang-kadang bergantung pada nasib juga. Kalau nasib baik anda boleh pergi rapat dengan subjek tambahan pula kalau ketika itu anda membawa lensa makro. Maka beginilah hasilnya…
Apapun ingat…. pastikan matanya sentiasa sharp. Kalau tidak hancur….
Kali ini saya menggunakan kucing sebagai subjek fotografi saya. Lensa pula adalah lensa makro kerana ingin mendapatkan ‘detail’ pada bulu dan mata. Saya menggunakan kaedah snoot (Cahaya flash dipancarkan ke kucing dengan bantuan tin Mister Potato).
Saya menggunakan ‘off camera flash’ dengan bantuan transmitter. Ini memudahkan saya untuk mencari kesesuaian cahaya. Sekiranya anda ingin mencuba teknik [...]
Salah satu subjek yang jarang saya ambil dalam fotografi ialah kerbau. Yang pertama ianya agak jarang berjumpa kalau nak dibandingkan dengan lembu dan yang keduanya ialah lokasinya selalunya di pinggir-pinggir bandar. Jadi kalau hendak merakam gambar makhluk ini memang disengajakan semata-mata untuk tujuan tersebut.
Gambar di atas saya menggunakan lensa 400mm dan saya ambil dari jauh [...]
Semalam saya ditugaskan oleh Jabatan Veterinar untuk pergi ke sebuah ladang itik di Kelulut, Marang, Terengganu. Tujuannya ialah untuk mengambil gambar-gambar aktiviti penternakan itik dan pemprosesan telur masin untuk dijadikan poster. Banyak jugalah pengetahuan yang dapat diketahui hasil dari temubual dengan pengusahanya yang bernama En. Nizam.
Inilah dia ladang ternakannya dan diberitahu terdapat kira-kira 1,200 ekor [...]
Katak
Saya bernasib baik dapat merakam katak ini sewaktu mengadakan bengkel fotografi di Sutra Beach Resort, Terengganu. Katak ini boleh melompat sekelip mata …. zass! terus hilang. Memang tak sempat untuk menekan shutter tetapi pada hari itu ia bagaikan sedang memberikan satu post istimewa kepada saya. Ia langsung tidak berganjak walaupun saya agak hampir dengannya.
Saya menggunakan [...]

Komen & Soal-Jawab