Pada kali ini saya akan ulas bagaimana cara kita melatih diri memahirkan diri dengan portable flash. Sebagai jurugambar yang serius sudah tentulah masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya satu unit portable flash. Tetapi berapa ramai antara kita yang betul-betul serius bermain dengan flash sedangkan flash mampu menghasilkan gambar yang luarbiasa. Sekarang saya kongsikan serba sedikit cara-caranya berdasarkan pengalaman [...]
Continue reading about Mari bermain dengan Flash bersama En. Mat Nold
Tempat yang sama… dua hari yang berbeza…. komposisi yang berbeza, cahaya yang berbeza, setting kamera yang berbeza, penggunaan lensa yang berbeza… semuanya akan menghasilkan mood gambar yang berbeza. Harap boleh faham apa yang saya maksudkan berdasarkan gambar yang terhasil di bawah.
Sebenarnya kedua-dua gambar dibawah mempunyai persamaan ketika saya merakamnya. Apakah persamaan itu? Kelajuan yang pantas! Dengan menggunakan kelajuan yang pantas bukan sahaja berupaya menghentikan pergerakan objek tetapi juga mampu menjadikan gambar unik.
Sebenarnya ianya sama sahaja dengan posting saya sebelum ini cuma kali ini saya guna pajero sebagai subjek. Masih lagi menggunakan spot metering dan fokus [...]
Kalau anda perhatikan terdapat tiga sudut berlainan yang saya ambil untuk ketiga-tiga gambar di bawah… jauh, sederhana dan dekat. Pada saya ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya diabaikan bila kita mengambil gambar. Kenapa? Cuba bayangkan bila anda balik ke tempat kerja dan pelanggan anda meminta anda memasukkan satu gambar close-up sedangkan anda tidak mengambilnya. Ini [...]
Continue reading about Pelbagaikan jarak bila mengambil gambar
Mengambil gambar di pasar adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh jurugambar kecuali ada tugasan tertentu yang perlu diselesaikan. Di sini terdapat bermacam-macam benda yang boleh dirakam. Persoalannya ialah perlukah kita merakam objek-objek yang muncul tanpa dirancang ini?.
Jawapannya terletak pada anda… adakah ia sesuatu yang membazir kerana memenuhi memori kad tanpa tujuan atau ianya boleh anda [...]
Pernahkah anda kecewa kerana gagal merakam gambar pada saat yang sesuai? Dimana silapnya? Daripada penglaman sendiri kalau hendak mengambil sesuatu yang pantas ada dua perkara yang perlu diambilkira. Pertama ialah melakukan pemerhatian terlebih dahulu. Tengok apakah aktiviti yang sentiasa dilakukan dan nanti anda akan dapat mengagak bila sepatutnya anda menekan shutter.
Keduanya ialah setting kamera hendaklah [...]
Salah satu kesilapan besar besar dalam bidang fotografi ialah bila menganggap flash hanya perlu digunakan sewaktu cahaya suram, malam, dalam rumah atau dalam bangunan sahaja. Kalau keadaan terang flash tidak diperlukan.
Tahukah anda bahawa gambar-gambar yang terdapat di bawah diambil dalam keadaan cahaya yang terang benderang iaitu hampir pukul 12.00 tengahari di satu pondok telefon di [...]
Maaf kerana lama tidak mengemaskini laman ini. Sebenarnya sewaktu memegang kamera masih lagi terasa kurang selesa dan berat kesan dari pembedahan tempohari. Harap dapat bersabar dan jenguk-jenguklah selalu ya…
Kali ini saya ingin tunjukkan bagaimana saya membuat iklan untuk majalah sebagaimana yang diminta oleh pelanggan. Tidak perlu untuk ke studio cuma lakukan sahaja di rumah. Yang [...]
Kesemua gambar di bawah diambil sewaktu saya berkunjung ke Taman Burung satu masa dahulu. Bila anda di sana anda akan dapati banyak halangan yang akan mengganggu komposisi gambar anda seperti pagar, tiang, jaring dan sebagainya. Jadi anda perlu bijak untuk mengelak ini semua supaya ada gambar yang anda ambil boleh digunakan untuk kerja-kerja seperti poster, [...]
Continue reading about Tips mengambil gambar di Taman Burung
Salah satu ‘favourite’ saya sewaktu mengambil gambar ialah menggunakan ’spot metering’. Kelebihannya ialah tempat yang kita letakkan titik meter tersebut akan betul bacaannya dan tidak akan over-expossed. Bagaimana? Yaa… letakkan kepada tempat yang paling cerah dan ‘centre’kan meternya dan snap. Gambar-gambar di bawah adalah contoh-contoh yang dihasilkan dengan penggunaan ’spot metering’ tadi.

Komen & Soal-Jawab