Sempat berkunjung sekali lagi ke Pasar Payang kali ini di bulan puasa pula. Tujuan utama ialah merakam suasana, senibina atau apa-apa sahaja yang menarik di sana memandangkan mengikut perancangan sebahagian struktur bangunannya akan diubahsuai tidak lama lagi. Saya mulakan dulu potret peniaga dalam versi hitam putih.
Akibat keletihan..
Serius berposing…
Terlelap!…
Mungkin merenung masa depan yang tidak menentu..
Continue reading about Potret Penjual di Pasar Besar Kedai Payang (3)
Sebenarnya gambar yang anda akan lihat di bawah tidaklah boleh dikategorikan sebagai 100% potret untuk dunia korporat. Namun bolehlah sebagai permulaan supaya bila mengambil gambar pada situasi sebenar kelak anda sekurang-kurangnya tidaklah begitu kekok untuk berhadapan dengan Dato’ Seri, Tan Sri, Tengku atau sesiapa sahaja. Semalam saya berpeluang mengambil gambar di UMT bagi kegunaan kerja [...]
Kalau anda ingin mengambil gambar-gambar potret sebegini anda seharusnya mempunyai keberanian kalau pergi seorang. Jika anda berasa kurang yakin cuba sertai forum foto dan buat satu outing ke pasar. Bila pergi ramai-ramai suasana akan nampak meriah dan secara tak langsung akan menceriakan sama peniaga-peniaga di sana.
Sekiranya cahaya tidak mencukupi tidak mengapa… naikkan ISO dan guna [...]
Continue reading about Potret Penjual di Pasar Besar Kedai Payang (2)
Semasa outing pagi tadi saya sempat merakam potret beberapa orang penjual di Pasar Kedai Payang. Ternyata mereka begitu peramah dan mudah didekati serta memberikan kerjasama yang baik sekali semasa pengambaran dijalankan.
Continue reading about Potret Penjual di Pasar Besar Kedai Payang
Kedua-dua gambar di atas diambil ketika cahaya persekitaran terang-benderang. jadi bagaimana hendak mendapatkan kesan seperti ini? Cuba rujuk artikel terdahulu atau sertai bengkel dua hari ‘kuasai dslr’ dan di situ anda akan bertemu dengan banyak jawapan berkaitan teknik-teknik fotografi.
Menggunakan satu flash yang ditembak dari kiri menggunakan kaedah snoot. Sebenarnya banyak shoot yang diambil dan saya boleh lihat perubahan pada wajahnya. Ada yang gembira, sedih dan sebagainya. Potret yang menggunakan cahaya dari sisi lebih menarik dari cahaya di tengah-tengah. Ia mewujudkan mood kepada gambar. Bukan aperture f2.8 manakala speednya cukup laju bagi menggelapkan latarbelakang. [...]
Potret yang mudah
Percaya atau tidak gambar ini hanya menggunakan cahaya sediada (available light). Gambar diambil di tepi tingkap dengan berlatar belakangkan kain berwarna hitam. Di sebelah kanan diletakkan mounting board putih sebagai reflektor. Hasilnya nampak seolah-olah menggunakan lampu studio. Anda boleh cuba sendiri kaedah ini untuk rakan-rakan sepejabat anda terlebih dahulu. Suruh mereka memakai pakaian [...]
Pengukir
Gambar yang dirakam pagi ini bengkel WARISAN SENI UKIR KAYU, Kg. Binjai Bongkok, Bukit Payong, 21400, Marang Terengganu. Sesiapa yang berminat untuk menempah ukiran bolehlah menghubungi En. Amran Ismail-Pengurus/Tuan Punya (013-9228816 / 09-6196339).
Untuk mengambil gambar seperti ini memerlukan kesabaran kerana bukan senang untuk mendapatkan keputusan sebagaimana yang dikehendaki. Gambar ini menggunakan seorang model bernama Abbas [...]

Komen & Soal-Jawab