Dalam fotografi ‘nasib’ juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Cuba bayangkan kebetulan anda membawa kamera tiba-tiba melintas glider seperti gambar di bawah. Oh.. alangkah seronoknya. Tapi anda kenalah bertindak cepat. Biasanya kalau dalam situasi sebegini elok sahaja guna Aperture Priority ataupun Auto pun tak mengapa sebab anda mungkin tidak sempat berfikir kerana ia berlalu [...]
Adakah anda percaya atau tidak kalau saya katakan gambar di atas saya rakam lebih kurang pukul 11.00 pagi? Sukar nak percaya bukan kerana terpampang di situ bulan mengambang penuh. Inilah dunia digital. Segalanya menjadi mungkin. Kerana itulah khabarnya gambar dari kamera digital tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah. Entahlah…
Salah satu kenderaan yang saya suka ambil selain kapalterbang ialah LRT. Selalunya bila ke KL dan tinggal berhampiran stesen LRT, saya tidak akan melepaskan peluang mengambilnya walaupun telah banyak gambar dalam simpanan. Apa yang menjadi perhatian saya ialah iklan-iklan yang terdapat pada gerabaknya.
Kali ini saya suka membuat sedikit ‘experiment’ dengan penggunaan ’speed’. Gambar di atas [...]
Kapalterbang
Mengambil gambar kapalterbang di dalam kawasan parkingnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya adalah kawasan larangan. Tetapi bila anda berpeluang jangan lepaskan peluang kemasan tersebut. Pastikan lensa anda ialah wide angle kerana kesan yang terhasil sangat dramatik. Jangan lupa…. ambil sebanyak mungkin sementara anda masih berada di kawasan tersebut kerana untuk menunggu peluang yang kedua [...]

Komen & Soal-Jawab