Mengambil bunga dalam dua keadaan… menghadap matahari dan membelakangkan matahari. Hasilnya akan berbeza. Mood yang terhasil sudah tentu berlainan…
‘Bunga Pecah Periuk’ kalau tak silap saya (kalau salah tolong perbetulkan) ini saya rakam sebaik sahaja selepas hujan. Sebenarnya saya bukanlah tergolong dalam golongan Mat Bunga tapi sekali sekala ambil juga untuk mengasah skill kata orang. Ada beberapa tips yang ingin saya kongsi berdasarkan pengalaman mengambil gambar-gambar bunga ini.
Yang pertama ialah kalau anda mempunyai lensa [...]
Bunga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Anda boleh mengambil gambar bunga unttuk menguji sejauh mana kebolehan anda mengendalikan kamera. Jika anda serius anda mestilah mendapatkan lensa makro supaya gambar bunga yang anda idamkan dapat direalisasikan. Sebenarnya untuk lebih menarik anda boleh merenjiskan air pada bunga tadi supaya nampak seolah-olah hari baru lepas hujan.

Komen & Soal-Jawab