Terletak di belakang Kampung Cina bermula dari Kedai Binjai (kini Hotel Sri Malaysia) hinggalah ke Pasar Kedai Payang satu projek ‘waterfont’ kini hampir siap dan tinggal sebahagian yang masih dalam proses penyudahan. Daripada apa yang diperhatikan lokasi ini akan menjadi satu tarikan baru di Kuala Terengganu kelak kerana pada sebelah malamnya terdapat hiasan lampu berwarna [...]
Continue reading about Satu lagi mercu tanda di Kuala Terengganu
Sewaktu berkunjung ke Kota Bharu baru-baru ini saya menginap di homestay Panorama Sungai Kelantan bersebelahan dengan Hotel Ridel. Sewanya sangat berpatutan dan keadaan rumah serta pemandangan sangat menarik sekali. Anda lihat sendiri suasana dalaman serta persekitaran di sini. Pada saya ia sangat berbaloi jika dibandingkan dengan harga yang anda perlu bayar bila menginap di hotel [...]
Continue reading about Homestay Panorama Sungai Kelantan di Kota Bharu
Semasa Karnival Wow Putrajaya baru-baru ini saya berkesempatan merakam beberapa gambar yang boleh menjadi satu ingatan kunjungan ke sini. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dirakam tetapi memandangkan masa tidak begitu sesuai hanya sedikit sahaja yang mampu direalisasikan. Saya pergi dua kali ke sini iaitu pada lewat petang (cuaca ketika ini amat baik) dan hari [...]
Porto Malai, satu lagi resort yang menjadi sebutan kerana keunikan bangunannya. Terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Jika anda berminat untuk merakam senibina bangunan, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
Satu lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah kompleks Makam Mahsuri. Di sini terdapat pelbagai perkara yang dapat anda dapat tonton bermula dengan galeri sejarah Mahsuri (maaf tidak dibenarkan merakam gambar dan video di sini), persembahan gamelan, taman mini binatang/burung, muzium kraf, grai cenderahati, makam mahsuri, rumah tradisional dan bermacam-macam lagi. Satu lawatan yang berbaloi [...]
Kalau anda rajin menjelajah di pulau ini, selain dari Underwater World anda akan temui banyak lagi tempat-tempat lain yang mempamerkan binatang-binatang yang jarang ditemui dan juga burung. Gambar di bawah adalah sebahagian yang saya sempat rakam sewaktu di sana.
Kalau anda ingin mengambil gambar ’sunrise’ atau pun ’sunset’, Pulau Langkawi adalah tempat yang paling sesuai. Anda perlu bersedia dari awal dan mesti tahu lokasinya. Saya hanya dapayt mengambil ’sunset’ sahaja memandangkan ’sunrise’ terlalu jauh dari tempat penginpan. Cuba cari subjek dan letakkan di hadapan supaya imej nampak lebih menarik.
Sebahagian lagi gambar-gambar kereta kabel sewaktu di sini. Kebanyakan gambar saya ambil sewaktu berada di dalam koc kereta kabel. Sebagai kesimpulannya ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan serta menginsafkan dan bila berada di atas kita akan berasa begitu kerdil dengan ciptaan Allah yang maha agung ini bila kita bandingkan diri kita dengan gunung serta lurah [...]
Sekarang mari kita tumpukan perhatian sejenak kepada ’suspension bridge’ atau jambatan gantung besi ini. Sebaik sahaja menjejak kaki ke sini saya terasa sangat kagum sekali dengan cara pembuatannya. Bayangkan di puncak gunung manusia mampu membina struktur sehebat ini. Yang lebih hebat dari itu berbalik kepada pencipta kita.. Allah swt yang memberikan manusia akal untuk menjadikannya [...]
Pertama kali naik kereta kabel yang mendongak seperti ini memang mendebarkan serta mengujakan. Anda akan terasa lonjakkan pada saat mula berlepas dari stesen dan juga apabila sampai kepada menara penyokong kabel.
Tips mengambil gambar: Bagaimana ingin medapatkan gambar yang terang kedua-dua dalam dan luar seperti ini? Anda boleh set pada A (aperture priority) dan ambil bacaan [...]

Komen & Soal-Jawab