admin on September 3rd, 2010

Sempat berkunjung sekali lagi ke Pasar Payang kali ini di bulan puasa pula. Tujuan utama ialah merakam suasana, senibina atau apa-apa sahaja yang menarik di sana memandangkan mengikut perancangan sebahagian struktur bangunannya akan diubahsuai tidak lama lagi. Saya mulakan dulu potret peniaga dalam versi hitam putih.

Akibat keletihan..

Serius berposing…

Terlelap!…

Mungkin merenung masa depan yang tidak menentu..

Continue reading about Potret Penjual di Pasar Besar Kedai Payang (3)

admin on July 27th, 2009

Diambil ketika cuaca mendung dan berkabus di waktu pagi. Adakalanya cuaca yang mendung berterusan berminggu–minggu lamanya. Setengah orang berkata, cuaca tak elok hari ini… tak boleh ambil gambar’. Betul ke tanggapan tadi? Cuba lihat forum dan juga galeri fotografi yang disertai ramai profesional… gambar mereka tidak terbatas kepada cuaca yang baik, terang, cerah dan berwarna-warni [...]

Continue reading about B&W5

admin on June 1st, 2009

Salah satu kesan cahaya yang saya suka ialah ‘backlighting’. Sewaktu saya sedang membuat kerja di komputer, saya terpandang anak saya juga sedang menggunakan laptop di tepi tingkap. Yang menariknya ialah bila dia mengambil kusyen kerusi yang banyak sebagai tempat menyandar. Lantas saya mengambil kamera dan setkan kepada spot metering, f4 dan speed antara 1/160 -1/250.

Bacaan [...]

Continue reading about B&W4

admin on May 27th, 2009

Ini merupakan koleksi lama saya yang diambil beberapa tahun yang lampau. Ketika ini cuaca agak redup dan warna asalnya agak kurang kontrasnya. Jadi saya tukarkannya kepada B&W. Nampak bertenaga semula gambar-gambar ini.

Cuba lihat kedua-dua posisi gambar ini, saya letakkan subjek di sebelah kiri dan banyakkan ruang kosong di sebelah kanan. Kenapa? kerana wajah mereka menghadap [...]

Continue reading about B&W3

admin on May 11th, 2009

Lembu terbang
Gambar dirakam semasa Hari Raya Haji tahun 2008. Saya menggunakan continues shooting dengan speed yang agak tinggi untuk mendapatkan gambar seperti ini. Jangan lupa guna servo semasa shooting supaya gambar subjek kekal jelas dan tajam.

Continue reading about B&W2

admin on May 11th, 2009

Ada dua cara untuk mengambil gambar hitam putih atau pun black & white. Pertama, tukar setting pada monochrome di dalam kamera. Sesetengah kamera tidak mempunyai fungsi ini. Yang kedua ialah menukarnya dalam Photoshop.  Gambar hitam putih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tahukah anda bila cuaca tidak mengizinkan seperti hari hujan dan gambar menjadi kurang kontras, tukar [...]

Continue reading about B&W1