Sang Mentadak
Antara gambar makro pertama saya ialah semut ini. Rupanya mengambil gambar makro tidaklah mudah disangka. Ada banyak faktor penyumbang yang menyebabkan situasi menjadi kelam kabut. Antaranya ialah subjek itu sendiri yang tak senang duduk diam dan yang kedua ialah tiupan angin akan menyukarkan fokus. Oleh kerana itu ‘kesabaran’ adalah kunci kejayaan kalau mahu menjinakkan [...]
Pengenalan kepada flash.
Gambar ini dirakam ketika majlis korban semasa hari raya haji beberapa tahun yang lampau. Diambil menggunakan kamera kompak prosumer. Banyak juga shot yang dirakam ketika majlis ini berlangsung maklumlah ianya berlaku setahun sekali sahaja.
Kebanyakan dari kita sudah berpuashati jika berjaya mengambil gambar yang terang, jelas dan dapat dirakam pada ketika saat yang dikehendaki. Umpamanya [...]
Konsentrasi
Salah satu gambar yang menjadi ‘All time favorite’ saya. Diambil menggunakan kamera digital SLR pertama EOS 400D. Saya menyukai gambar ini kerana ia menggunakan cahaya ‘backlighting’ dan wajah penunggang yang sedang menunggu masa untuk dilepaskan… dan saya seolah-olah dapat merasakan saat cemas itu.
Geshuu?
Gambar jurugambar terkenal myazizi (hehehe..) mungkin sedang membelek gambar dan tertanya-tanya dalam hati..’Apsal tak jaddi nii.., masalah kamera ke happer nii?’ Sorry zizi.. joke sikit…
Lokasi pengambaran ialah di Muzium negeri Terengganu. Rumah yang Azizi lepak tu dindingnya diperbuat dari anyaman buluh. Kerana itu terdapat banyak lubang-lubang kecil di sebelah kirinya. Namun ianya memberikan kesan yang [...]
Nelayan, Kg. Penarik, Setiu, Terengganu, MALAYSIA
Sebenarnya inilah pemandangan biasa setiap hari yang berlaku di sini. Kalau anda ingin mengambil gambar seperti ini pastikan anda datang awal ke lokasi. Sebaik-baiknya pukul 7.00 pagi sudah berada di sini. Ketika itu cahaya sangat menarik dan sudah tentu ia akan memberikan satu suasana yang dikenali sebagai ‘Golden Hour’ dalam [...]
Pokok Kelapa
Lokasi - Kg. Mangkuk, Setiu, Terengganu. Pokok-pokok kelapa di sini kedudukannya sangat rapat antara satu dengan lain. Jarang sekali dapat berjumpa suasana seperti ini. Peluang sebegini lagi berbaloi jika diambil menggunakan wide-angle (racun lagi…).
Anda disuruh oleh seseorang untuk membeli madu di sebuah pasaraya besar (Hyper market). Dan orang itu berpesan kepada anda supaya membeli madu yang sama sebagaimana yang telah dibeli olehnya sebelum ini. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah di hyper market tersebut terdapat pelbagai jenis madu yang hampir sama. Dan tidak ada satu pun berjenama. Semuanya pakai [...]
Continue reading about Pengenalan Rekabentuk Grafik : Bolehkah kita hidup tanpa jenama?
Shah Bandar, Kuala Terengganu, MALAYSIA
Saya tertarik mengabadikan gambar ini kerana susunan makanan menunjukkan seolah-olah wujudnya ‘Leading line’. Ia membawa mat kita dari permulaan hingga akhirnya. Saya menunggu saat dia meletakkan sesuatu kepada makanan tersebut bagi menunjukkan aksi pada gambar ini. Keseriusan wajahnya menampakkan kesungguhan beliau berniaga bagi mencari rezeki yang halal.
Rumah Tradisional, Tg. Sabtu, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA
Diambil sewaktu outing bersama-sama forumer photosantai.com. Gambar ini adalah permulaan mencuba teknik HDR. Kelebihan teknik ini ialah ia berupaya menunjukkan kawan yang gelap sebagaimana kita melihat kawasan yang cerah kerana ia diambil dengan dedahan yang berlainan iaitu under, normal dan over exposed. Hasilnya kita akan dapat melihat sebagaimana [...]

Komen & Soal-Jawab