Belalang ini ukurannya tidak sampai 1 cm. Dan sekali lagi menjadi bahan ujikaji makro sama seperti sebelum ini. Cuma masalahnya ialah ia amat liar dan sering berpusing-pusing dan adakala melompat. Terpaksa mencari ke sana ke mari dan shooting balik. Akhirnya berjaya dapat satu posing yang ‘agak’ puashati sebelum dilepaskan. Setting kamera adalah f18, 1/80, ISO200 [...]
Bila mengambil gambar-gambar lanskap pastikan anda tidak terlupa untuk memasukkan sama latar hadapan seperti pokok, tiang dan seumpamanya dalam salah satu dari foto anda. Objek-objek ini penting bagi menunjukkan jarak antara tempat yang anda berada dengan objek yang anda fokus.
Ingat atau tidak artikel saya sebelum ini tentang perlunya memberikan lebih ruang kosong bila mengambil gambar. Berikut adalah contoh product shoot - air minuman - untuk lebih memberi pemahaman kepada anda yang masih kabur tentangnya. Dengan menggunakan tema yang sama tetapi gambar yang berlainan saya akan terangkan juga tentang rasionalnya mengapa saya mengambil gambar dengan [...]
Mengambil gambar dalam cahaya yang kurang sebenarnya mudah sahaja kalau kita tahu caranya. Berikut adalah tutorial yang boleh kita sama-sama mengambil sedikit sebanyak ilmu darinya. Tapi selepas tengok, jangan pula lupa untuk mencuba.
Sekiranya gagal untuk melihat video di atas sila ke sini.
Perlu lebih tumpuan pada subjek? Bokehkan! Apakah yang dimaksudkan dengan bokeh? Bokeh ialah bilamana gambar yang terhasil memberikan kesan yang terpisah antara subjek yang menjadi tumpuan dengan subjek di sekitarnya. Kesan ini boleh anda perolehi dengan penggunaan bukaan aperture yang besar. Ia juga dikenali sebagai ‘Smaller - Depth of Field’.
Aperture untuk menghasil kesan bokeh yang [...]
Pertama kali membuat percubaan sebegini. Persediaan agak cukup rapi dengan dua sumber cahaya flash, satu tanpa payung di sebelah kiri (belakang) dan satu lagi menggunakan payung di sebelah kanan (hadapan). Masalah yang paling ketara ialah untuk mendapatkan ‘perfect timing’. Bayangkan hampir 20 kali mencuba baru dapat satu yang ‘agak memuaskan hati’.
Kesabaran ialah kunci utama dalam [...]
Ketiga-tiga gambar di bawah saya menggunakan ND Filter untuk memberikan kesan yang lembut pada air yang mengalir.Setting yang digunakan ialah ISO100, f22 dan speed antara 1/5 - 1/10. Kalau anda mempunyai ND filter, cubalah kerana hasilnya sangat mengujakan.
Ini merupakan koleksi lama saya yang diambil beberapa tahun yang lampau. Ketika ini cuaca agak redup dan warna asalnya agak kurang kontrasnya. Jadi saya tukarkannya kepada B&W. Nampak bertenaga semula gambar-gambar ini.
Cuba lihat kedua-dua posisi gambar ini, saya letakkan subjek di sebelah kiri dan banyakkan ruang kosong di sebelah kanan. Kenapa? kerana wajah mereka menghadap [...]
Baru-baru ini (23/05/09) satu gerombolan pemilik motosikal besar Goldwing dari seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Thailand melakukan lawatan ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Saya berkesempatan merakam serta memerhatikan gelagat pemilik motosikal ini.
Ekspedisi ini dikendalikan oleh pemilik dari Kuala Lumpur dengan kerjasama kelab motosikal Terengganu. Saya lupa nama kelab tersebut untuk diletakkan linknya di [...]
Secara tidak sengaja terjumpa ulat ini sedang melepak di atas sehelai daun. Kemudian saya teringat ada seorang forumer photosantai yang mengepos gambar makro menggunakan latar belakang putih. Rasanya inilah waktu yang sesuai untuk mencuba memandangkan saya mempunyai satu perspek putih di rumah. Untuk memudahkan cerita jadi daun tadi dicabut kerana tidak mahu mengganggu ulat ini.
Sebenarnya [...]

Komen & Soal-Jawab