admin on June 30th, 2009

Tekstur atau ‘texture’ merupakan salah satu lagi asas senilukis yang penting. Sepertimana yang kita pelajari sebelum ini, teksture juga terbahagi kepada dua iaitu yang rata (2D) atau pun yang boleh dirasa, disentuh, dipegang, diangkat dan sebagainya (3D). Maksud yang rata ialah, kita melihatnya nampak seperti timbul tetapi bila dipegang sebenarnya sekeping kertas contohnya. Jadi hanya [...]

Continue reading about Asas Senilukis 5 - Tekstur

admin on June 29th, 2009

Hari ini isteri membuat sendiri roti untuk hidangan seisi keluarga. Jadi saya mengambil peluang mengabadikannya sebelum ia merantau ke dalam perut. Seperti biasa prop menjadi aspek penting untuk gambar makanan. Kain yang dihampar sengaja dikedutkan bagi menampakkan keunikan. Gambar kemudian disolek menggunakan burn tool dalam PS untuk menggelapkan kawasan sekitar supaya gambar roti difokuskan.

Continue reading about Food4

admin on June 28th, 2009

Pada tanggal 25 Jun 2009, pukul 3.30 pagi (Khamis) ayah saya telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dalam usia 80 tahun 26 hari. Walaupun beliau meninggal dalam keadaan koma kerana dibius saya berkesempatan mengajarnya mengucap ketika doktor bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawanya. Apapun kami semua redha dengan pemergiannya kerana [...]

Continue reading about Perginya ayahnda tercinta…

admin on June 27th, 2009

Satu perkara penting yang perlu diberikan perhatian sewaktu mengambil gambar makro ialah latar belakang. Sekiranya silap memilih latar belakang akan menyebabkan gangguan kepada subjek utama. Elakkan sesuatu yang terang seperti tompokan cahaya putih ataupun warna-warna yang boleh menyebabkan tumpuan mata beralih daripada subjek asal.

Continue reading about Macro6

admin on June 26th, 2009

Gambar pertandingan memancing di Seberang Marang, Terengganu. Pada saya gambar ini menjadi unik kerana pokok kelapa condong yang terdapat di situ. Mata kita bagaikan dipaksa melihat pokok tersebut. Ini dipanggil penegasan dalam design.

Continue reading about Events5

admin on June 25th, 2009

Satu lagi koleksi lama saya yang diambil menggunakan kamera kompak. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang istimewa pun pada gambar ini pada asalnya. Kereta Kembara tersebut sedang ‘parking’ di tepi tebing berhampiran pantai. Yang menjadikannya berbeza ialah apabila saya mengambilnya secara mendongak seolah-olah sedang mendaki bukit.Kembara tersebut saya letakkan di bucu sebelah kiri bawah dan memberikan [...]

Continue reading about Transport4

admin on June 24th, 2009

Kali ini saya menggunakan kucing sebagai subjek fotografi saya. Lensa pula adalah lensa makro kerana ingin mendapatkan ‘detail’ pada bulu dan mata. Saya menggunakan kaedah snoot (Cahaya flash dipancarkan ke kucing dengan bantuan tin Mister Potato).

Saya menggunakan ‘off camera flash’ dengan bantuan transmitter. Ini memudahkan saya untuk mencari kesesuaian cahaya. Sekiranya anda ingin mencuba teknik [...]

Continue reading about Animals5

admin on June 23rd, 2009

Menggunakan satu flash yang ditembak dari kiri menggunakan kaedah snoot. Sebenarnya banyak shoot yang diambil dan saya boleh lihat perubahan pada wajahnya. Ada yang gembira, sedih dan sebagainya. Potret yang menggunakan cahaya dari sisi lebih menarik dari cahaya di tengah-tengah. Ia mewujudkan mood kepada gambar. Bukan aperture f2.8 manakala speednya cukup laju bagi menggelapkan latarbelakang. [...]

Continue reading about Potrait3

admin on June 23rd, 2009

Adakah anda percaya atau tidak kalau saya katakan gambar di atas saya rakam lebih kurang pukul 11.00 pagi? Sukar nak percaya bukan kerana terpampang di situ bulan mengambang penuh. Inilah dunia digital. Segalanya menjadi mungkin. Kerana itulah khabarnya gambar dari kamera digital tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah. Entahlah…

Continue reading about Transport3

admin on June 22nd, 2009

Ramai beranggapan untuk menghasilkan gambar yang cantik memerlukan kamera DSLR yang mahal dan canggih. Harga mesti ribu-ribu dan lensa juga mesti ribu-ribuan juga. Sebenarnya semua itu adalah mitos semata-mata. Yang perlu anda miliki terlebih dahulu adalah kemahuan, kreativiti, rajin melihat serta mengkaji gambar-gambar yang dihasilkan oleh jurugambar profesional dan yang terakhir barulah mempunyai sebuah kamera [...]

Continue reading about Kamera bukan penentu…