Pagi tadi sempat menyelami kehidupan nelayan pantai di Marang. Walaupun cuaca agak mendung tetapi kebetulan bertemu orang sedang menjala, jadi agak berbaloi. Ambil menggunakan seting burst untuk mendapat saat terbaik ketika melempar jala. Speed agak laju lebih kurang 1/320 dan F14, ISO 200 lebih kurang untuk menghasilkan silhoutte serta menggelapkan langit. Post processing menggunakan Photoshop.
Dan [...]
Asas senireka yang berikutnya pula ialah ‘Kontras’. Mungkin anda tertanya apakah perbezaannya antara ‘Penegasan’ dan ‘Kontras’ sebab keduanya nampak hampir sama. Ya… memang keduanya hampir sama tetapi ‘kontras’ membantu menguatkan lagi ‘penegasan’.
Kalau anda lihat contoh di atas, kelak anda akan lebih memahami apa itu kontras. Kontras ialah sesuatu yang berlawanan sifatnya. Kalau hitam lawannya ialah [...]
Cuba perhatikan ke dua-dua gambar jagung di bawah. Sebenarnya saya mengambilnya dari arah hadapan. Yang membuatkannya berbeza ialah sudutnya. Yang pertama dari atas yang agak condong manakala satu lagi lebih rendah lagi. Gambar atas agak sesuai untuk dibuat menu manakala yang di bawah mungkin lebih sesuai untuk cover menu, poster dan sebagainya.. Nampak? dengan sedikit [...]
Semalam.. berlangsung Malam Kesenian Islam 2009 bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Ikatan Pengkajian Tauhid tasawwuf (IPTAF). Saya ditugaskan menjadi OP (Official Photographer) dan peluang ini saya rebut sepenuhnya untuk mengambil gambar dari segenap sudut yang mengizinkan. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang saya pilih [...]
Diambil ketika cuaca mendung dan berkabus di waktu pagi. Adakalanya cuaca yang mendung berterusan berminggu–minggu lamanya. Setengah orang berkata, cuaca tak elok hari ini… tak boleh ambil gambar’. Betul ke tanggapan tadi? Cuba lihat forum dan juga galeri fotografi yang disertai ramai profesional… gambar mereka tidak terbatas kepada cuaca yang baik, terang, cerah dan berwarna-warni [...]
Tanggal 25 Julai 2009, berlangsung karnival sukan rakyat di Kg. Jeram, Kuala Terengganu. Pelbagai acara menarik berlangsung di sini walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai di sebelah paginya. Oleh kerana acara seperti ini jarang-jarang berlangsung maka dikuatkan juga hati pergi mengambil gambar di sini apatah lagi ada pertandingan perahu panjang tradisional yang menjadi sukan tradisi turun [...]
Ada yang bertanya dan saya pasti ramai yang ingin tahu bagaimana saya mengambil produk shot ini. Di sini saya tunjukkan bagaimana setting yang saya buat agar menjadi panduan kepada rakan-rakan yang lain yang ingin mencubanya. Ianya taklah susah mana cuma kena banyak practice. Itulah kuncinya. Tetapi saya sarankan agar dapatkan payung se unit kerana kesannya [...]
Pernah atau tidak anda melawat sesuatu pameran dan di situ banyak terdapat banyak patung-patung manusia yang dipamerkan? Saya ingin membawa satu contoh sewaktu saya melawat pameran Hari Tentera Darat (sedang berlangsung di Batu Buruk sewaktu artikel ini ditulis). Jangan malu untuk mengambil gambar patung-patung tersebut kerana mungkin ia perlu untuk anda satu masa nanti yang [...]
Sebarang komen dan pertanyaan sudah boleh dibuat di ruangan gambar yang dipostkan dengan memasukkan data yang dikehendaki bagi mengelakkan ’spam’. Segala komen membina dan pertanyaan amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
‘Packaging’ atau pembungkusan adalah merupakan salah satu bidang dalam industri rekabentuk grafik terutamanya dalam bidang pengiklanan. Jika anda berminat dengan bidang grafik, pembungkusan adalah satu perkara yang perlu anda tahu sedikit sebanyak. Tetapi kalau anda boleh mahir kedua-dua bidang, grafik dan fotografi, ia adalah merupakan satu anugerah yang sangat bernilai. Bayangkan anda boleh menghasilkan sendiri [...]

Komen & Soal-Jawab