Kalau sebelum ini kita telah melihat seorang nelayan pantai, kali ini saya paparkan seorang nelayan sungai sedang mengemudi bot fibernya. Saya tertarik dengan kilauan gerakan air yang terhasil bila bot ini menyusuri sungai ini.
Seorang nelayan bersiap sedia untuk ke laut. Bacaan diambil pada kawasan cerah untuk menghasilkan imej silhoutte. Saya menunggu beberapa ketika supaya dapat merakam beliau mengusung enjin sangkut ke bot. Penggunaan wide angle memberikan impak kepada awan.
Sila klik untuk memuat-turun ke dalam komputer anda.
Sebagai umat Islam kita wajib percaya bahawa rezeki yang kita nikmati pada hari ini adalah kurniaan Allah. Walaupun secara zahirnya kita nampak yang memberi projek, yang bersedekah, yang menderma, yang memberi itu ini adalah rakan, boss, menteri atau sesiapa sahaja tetapi pada hakikat yang sebenarnya adalah Allah, tuhan [...]
Selepas sembahyang subuh tadi, saya melihat langit dipenuhi bintang-bintang. Idea tiba-tiba muncul untuk pergi mengambil gambar. Subjek? Entah… tidak ada dalam perancangan. kata orang ikut apa yang ada. Semua lensa yang ada bawa sekali. Ambil mana yang sesuai nanti. Tiba-tiba semasa dalam perjalanan terasa ingin pergi ke pantai Batu Buruk. Sudah agak lama tidak ke [...]
Oleh kerana terdapat masalah teknikal di bahagian ‘muat-turun’, saya terpaksa padamkan bahagian tersebut. Dan bermula hari ini anda boleh memuat-turun terus dengan memilih kategori ‘poster (muat-turun)’ untuk tujuan tersebut.
Sila klik untuk memuat-turun ke dalam komputer anda.
Baru-baru ini saya diberikan sekotak kamera lama oleh seorang kawan baik saya. Beliau menyuruh saya mengambil gambar-gambar tersebut mungkin kerana beliau tahu saya meminati mengambil gambar-gambar still life dan mungkin juga beliau teruja untuk melihat sendiri hasil yang terjadi kalau kamera ini diambil. Di bawah adalah beberapa shot yang saya ambil untuk tatapan pengunjung sekelian.
Sesetengah [...]
Akhirnya setelah tidak dapat menahan gerakhati, anda pun membuka pintu itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku di dalam bilik. Perbuatan anda tadi telah menjadi pelengkap kepada A.I.D.A tadi iaitu ‘A’ yang terakhirnya…. ACTION ! atau ‘Tindakan’.
Dalam dunia pengiklanan mahupun fotografi atau dunia seni yang yang lainnya seperti arkitek, hiasan dalaman, kartun dan sebagainya, ‘Action’ [...]
Setelah berfikir panjang, akhirnya tercetus gerakhati anda untuk menyiasat sendiri apakah sebenarnya yang berlaku di dalam bilik tersebut. Langsung anda pun memulakan langkah bergerak ke arahnya. Apakah yang boleh kita simpulkan dari gerakhati ini?
Inilah yang dipanggil ‘Keinginan’ atau ‘D’ …. DESIRE! Nah! nampaknya langkah semakin hampir menuju matlamat terakhir. Namun harus diingat, keinginan sahaja tidak [...]
Setelah membaca apa yang tertera pada tombol pintu tersebut anda mulai berfikir tentang perkataan ‘Awas, Dilarang Mengintai’ tadi. Anda mematikan langkah seketika. Perbuatan berfikir tadi bolehlah diterjemahkan kepada satu lagi huruf dalam piawaian AIDA tadi iaitu.. ‘I’ - INTEREST atau ‘Menarik Minat’. Ya, memang anda berminat dengan amaran tadi. Kalau tidak memang anda akan blah [...]

Komen & Soal-Jawab