Satu outing besar-besaran akan diadakan oleh forum Photosantai Digital Community di Cameron Highland. Saya kira ini peluang kepada pengunjung webblog ini untuk berkenal-kenalan serta mempelajari selok belok fotografi secara langsung dengan rakan-rakan lain yang berpengalaman. Kepada yang berminat sila mendaftar dahulu sebagai ahli PSDC dan seterusnya meletakkan nama untuk penyertaan.
Anda tidak akan rugi menyertainya kerana [...]
Tertarik dengan skima warnanya yang menonjol. Kombinasi warna yang digunakan mewujudkan kontras dan sesuai sekali peranannya sebagai ’signage’. Keunikannya digunakan untuk dijadikan pelbagai barangan termasuklah ‘key chain’ ini.
Kebetulan isteri membuat roti semalam (home made), jadi kesempatan diambil untuk mengabadikannya sebagai koleksi.
Setelah mengikuti dengan tekun tutorial ini saya harap anda semua sudah faham apa yang ingin dicapai. Cuma satu perkara yang saya ingin sentuh ialah sekiranya anda mempunyai kes yang hampir sama dengan apa yang saya tunjukkan di sini ialah cuba wujudkan keseragaman dalam persembahan anda. Keseragaman ini mengikut istilah pengiklanan dipanggil ‘imej korporat’. Ini akan [...]
Continue reading about Konsep - Bagaimana Mendapat Idea? (9)
Pernah atau tidak anda melihat iklan akhbar terutamanya ketika musim perayaan di mana syarikat-syarikat pengeluar menawarkan hadiah-hadiah tertentu bila anda membeli sesuatu barangan. Contohnya anda akan menerima hadiah berupa satu set pinggan mangkuk bila anda membeli peti sejuk. Apa yang ditonjolkan di dalam iklan bukanlah peti sejuk tetapi sebaliknya hadiah yang bakal anda terima bila [...]
Continue reading about Konsep - Bagaimana Mendapat Idea? (8)
Sekarang kita masuk kepada konsep kedua dengan fokus pada penyakit jantung sebagai tajuk utama. Saya ingin bertanya kepada anda, berapakah kos untuk mengubati penyakit jantung? Pasti yang akan terdetik difikiran anda ialah ribu-ribu, puluh ribu dan mungkin juga ratusan ribu ringgit. Ingat tak lagi hari itu saya suruh anda tingkatkan harga budu dari RM1.50 kepada [...]
Continue reading about Konsep - Bagaimana Mendapat Idea? (7)
Sekarang kita pergi kepada tajuk yang ditunggu-tunggu… bagaimana hendak mencipta konsep daripada kosong (scratch)!. Ingat lagi tak pasal U.S.P dan S.S.P yang saya sebut tempohari? Kalau tak ingat, anda kena baca semula dari awal untuk memahaminya dengan lebih jelas.
Baiklah…. hari itu kita telah kenalpasti beberapa kebaikan utama yang boleh ditonjolkan. Antaranya ialah… ia disukai oleh [...]
Continue reading about Konsep - Bagaimana Mendapat Idea? (6)
Selamat membaca sambil menikmati muzik santai…
Sebagaimana yang dijanjikan saya sambung semula tutorial berkenaan bagaimana kendak mendapat idea bagi mencipta sesuatu konsep. Kalau anda melihat balik tutorial terdahulu terdapat salah satu ciri unik budu ini dari hasil penyelidikan yang dijalankan ialah ianya digemari oleh golongan korporat. Persoalannya sesuaikah imej yang digunapakai sebelum ini? Jawapannya sudah tentu tidak kerana imej yang ada [...]
Continue reading about Konsep - Bagaimana Mendapat Idea? (5)

Komen & Soal-Jawab