Gambar kerbau balar di bawah diambil semasa outing banjir tempohari. Memandangkan ia sesuatu yang jarang ditemui maka saya dan rakan-rakan turun dari kereta dan merakam gambar-gambar ini. Apa tujuan saya mengambil gambar-gambar ini? Entah, saya tak boleh menjawab soalan tersebut buat masa sekarang. Tetapi ia mungkin perlu di masa akan datang. Tiada siapa tahu…
Mengambil gambar binatang seperti kucing tidaklah semudah yang disangka. Anda harus mempunyai kesabaran serta tahu mengendalikan kamera dan flash dengan baik. Kalau anda mempunyai kucing di rumah anda, jadikan ia sebagai satu bahan ujikaji anda untuk mengasah skil anda.
Kucing-kucing ini diberi nama Manja dan Lara oleh tuannya. Selamat melayari…
Pernahkah anda keluar seorang diri untuk mengambil gambar di awal pagi? Jika anda belum pernah membuatnya anda patut mencubanya sekali. Ada banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar dalam memerhatikan perkara-perkara yang berlaku di kala sesetengah orang masih lagi dibuai mimpi.
Perhatikan gambar-gambar di bawah dan mungkin ada sesuatu yang boleh diceritakan.
Bila melihat matahari keluar saya teringat [...]
Pada masa sekarang ramai orang mampu untuk memiliki kamera DSLR sendiri. Malangnya tidak ramai yang tahu bahawa kamera yang ada pada tangan masing-masing boleh menghasilkan gambar-gambar yang memukau dengan hanya bermain dengan sedikit setting sahaja. Sekarang saya ingin tunjukkan kepada anda dengan hanya sedikit kendalian pada setting kamera boleh menjadikan gambar biasa yang mendatar [...]
Continue reading about Bagaimana mendapat gambar yang mempunyai mood?
Salah satu perkara yang saya buat bila mengambil gambar ialah membayangkan apa yang hendak dilakukan pada gambar tersebut. Contohnya katakan saya ingin membuat satu poster maka sebelum menekan shutter saya akan pastikan komposisi yang akan saya ambil telah mengambilkira ruang untuk saya menempatkan teks pada gambar tersebut.
Dengan mempraktiskan cara ini saya akan belajar dua perkara [...]
Kedua-dua gambar di bawah sebanrnya ialah gambar yang saya rakam tidak lama dahulu. Kalau tidak silap saya ketika ini saya masih menggunakan kamera Canon 400D (entry level). Bila melihat gambar-gambar in,i ia memberikan satu perasaan kepada saya untuk berfikir bagaimana Allah telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk makhluknya bagi mencari rezeki.
Umpamanya besi, kapas, kayu, air, ikan [...]
Dua hari lepas semasa dalam misi menjejaki kawasan banjir di Terengganu, kami pergi ke satu tempat di Pulau Kerengga. Walau pun namanya pulau tapi ia bukanlah sebuah pulau sebenarnya. Di sini terdapat satu titian yang menghubungi antara dua daratan iaitu di sebelah pantai dan sebelah daratan yang dipisahkan oleh sebuah sungai. Terdapat banyak pokok bakau [...]
Buat pertama kalinya semalam saya mengikuti kawan-kawan dari photosantai meronda-ronda di sekitar Kuala Terengganu dan Marang bagi melihat situasi banjir. Saya hanya menggunakan lensa tele sahaja memandangkan keterbatasan untuk menukar lensa ketika hujan yang adakala lebat serta berangin kencang. Ianya merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bila dapat merakam kehidupan ‘acara tahunan’ ini.
Sebenarnya bagi rakyat Terengganu [...]
Gambar di bawah sebenarnya adalah digolongkan dalam kategori ‘bernasib baik’. Sebaik melalui sebuah lorong di sebuah kampung ternampak sepasang burung enggang sedang bergayut di atas wayar elektrik. Kebetulan pula pada waktu itu saya membawa kamera bersama. Bila menyedari saya merakam gambarnya tambahan pula hujan sudah mulai turun mereka terbang ke sebuah rumah kosong berdekatan.
Gambar ini [...]
Sudah agak lama saya tidak berbicara tentang design. Hari ini saya sambung balik artikel tentang design iaitu ‘logo’. Apakah itu logo? Logo secara mudah untuk difahami ialah lambang yang menjadi simbol kepada organisasi, produk atau apa sahaja dengan menggunakan ’shape’ (rupa), warna, gambar, huruf…. yang membolehkan sesuatu entiti itu dikenalpasti.
Logo merupakan maruah atau harga [...]

Komen & Soal-Jawab