ChePa, salah seorang rakan photog yang bersedia menjadi model bidang terjun. Oleh kerana posingnya menarik saya buat satu poter olok-olok untuk iklan Ray Ban sunglasses.
Baru-baru ini forum photosantai.com menganjurkan outing kecil-kecilan di Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu. Berikut adalah bahagian pertama dari siri ini bagi menggambarkan suasana di situ pada petang hari berkenaan. Enjoy!
Semalam tanpa dirancang saya ternampak patung Arnold ini dipamerkan di sebuah kedai hobi. Tiba-tiba terlintas untuk membelinya kerana merasakan ia adalah bahan yang sesuai untuk memahirkan diri mengambil gambar-gambar potret. Harganya ialah RM60.00. Ternyata apa yang difikirkan tidak sia-sia. Dengan menggunakan lensa 24-105mm dan juga 100mm macro saya berjaya merakam apa yang dihajati. Set-upnya adalah [...]
Baru-baru ini bertempat di Perpustakaan Negeri Terengganu diadakan Majlis Penutup Bengkel Membuat Blog untuk pelajar-pelajar sekolah rendah anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu dan juga Exxon Mobil. Saya meluangkan masa merakamkan acara tersebut memandangkan anak saya merupakan salah seorang peserta yang mengambil bahagian.
Ini adalah guru yang mengendalikan bengkel tersebut. Saya mengambil gambar ini dari sudut tepi [...]
Semalam telah berlangsung satu outing yang dianjurkan oleh forum Photosantai.com yang diadakan di kawasan rekreasi air terjun Sekayu dan juga Taman Pertanian Sekayu yang terletak di sebelahan. Banyak perkara yang boleh dipelajari sewaktu outing begini. Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam sewaktu di sana.
Gambar di atas kredit kepada Azizi Manaf aka warna-warna / [...]
Kali ini saya mengambil kucing sebagai bahan ujikaji bagi menghasilkan gambar bokeh menggunakan 70-200mm f2.8. Sebelum memetik shutter saya akan perhatikan dahulu latar belakang supaya bila gambar terhasil akan nampak bersih. Tidak lupa juga untuk mengambil secara backlighting kerana kesannya sangat menarik. Anda boleh mencuba sendiri dengan 50mm f1.8 anda sekiranya anda mempunyai masa.
Bila anda mengambil gambar cuba berikan lebih ruang dan abadikan cahaya semulajadi dalam gambar anda. Kesannya sangat menarik serta memberikan mood yang tersendiri. Ruang yang banyak akan menjadikan gambar lebih ringkas serta nampak simple.
Maaf kerana lama tidak ‘update’ kerana ada sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari ini saya ingin membawa anda ke laman rumah anda. Cuba perhatikan sekeliling. Mungkin terdapat kolam ikan atau pun pokok, bunga, pasu, batu dan sebagainya. Semua itu boleh menjadi subjek yang menarik dari sudut fotografi walaupun pada pandangan mata kasar tidak ada [...]
Apakah yang terjadi bila saya menggunakan ND4+ND8_ND Grad?? Kesannya sangat berbeza dengan percubaan yang saya lakukan sebelum ini kerana saya berjaya mengawal kecerahan langit dan menjadikan keseluruhan gambar lebih terkawal.

Komen & Soal-Jawab