Baru-baru ini saya diberikan sekotak kamera lama oleh seorang kawan baik saya. Beliau menyuruh saya mengambil gambar-gambar tersebut mungkin kerana beliau tahu saya meminati mengambil gambar-gambar still life dan mungkin juga beliau teruja untuk melihat sendiri hasil yang terjadi kalau kamera ini diambil. Di bawah adalah beberapa shot yang saya ambil untuk tatapan pengunjung sekelian.

213

Sesetengah kamera yang ada memang begitu klasik dan saya tidak pernah melihat mahupun mendengar namanya. Saya tidak pasti samada kamera ini masih boleh digunakan atau sebagai simpanan barangan antik sahaja.

116

Gambar di atas adalah kamera polaroid. Tidak diketahui generasi yang ke berapa. Mungkin peminat kamera jenis ini dapat memberi maklumatnya.

313

411

56

Memandangkan ianya sebuah kamera lama jadi saya cuba padankan sesuatu supaya nampak seusia dengannya. Dan yang paling sesuai nampaknya ialah majalah National Geographic lama yang kebetulan ada dalam simpanan saya. Dan saya membelek-belek majalah tersebut dan terjumpa halaman ‘Flashback’. Yes… memang satu padanan yang sesuai!

Kalau anda berpeluang mengambil gambar seperti ini jangan lupa untuk mengambil beberapa sudut serta jarak yang berlainan.

64

Sebenarnya saya ‘tidak terperasan’ satu perkara bila mengambil gambar kamera di atas. Rupa-rupanya saya didak menanggalkan capnya lensanya. Mungkin kerana menyangka itu adalah lensa yang sebenar. Sesuatu yang saya belajar hari itu kena perhatikan betul-betul subjek sebelum memetik shutter. Walau apapun ia tidaklah mencacatkan gambar ini.

72

Dan kalau hendak tahu set-upnya, beginilah rupanya. Perspek putih bertindak sebagai relector. Saya gunakan speed yang agak laju iaitu 1/60 - 1/250 untuk mengambil gambar-gambar ini supaya latarbelakangnya betul-betul hitam.

Tags:

12 Responses to “Still Life 10”

  1. Firza says:

    hebat cikgu…..flashback dlm buku national geographic dan kamera tu menarik…..

  2. admin says:

    Terima kasih Firza. Kena banyak perhatikan persekitaran, membaca dsb baru senang nak dapat idea.

  3. robi udm says:

    kamera2 ni mmg pyoh doh nok jupe..agok2 sifu tahun berape keluaran kamera ni?

  4. admin says:

    Haii nok kabbor pung dok tahu ni tahun berapa. Rasa2 dari tahun 1930an pun ada ni.

  5. Amer says:

    cg, apa akan jadi kalau perspek putih yang bertindak sebagai reflector tu digantikan ngan perspek hitam

  6. admin says:

    Kalau guna perspek hitam sebagai reflector takkan menjadi sebab perspek hitam bertindak sebagai ‘pembunuh’ kepada balikan cahaya. Dalam istilah fotografi dipanggil ‘Cutter’.

  7. overland says:

    chegu nak tanya sikit…perspek tu meterialnya apa? sbb tgk nak macam kaca sikit…yg putih tu macam paper board….dan kalau nak beli kat mana????

  8. admin says:

    Overland…Perspek tu plastik untuk buat plet kereta biasanya. Boleh didapati di kedai signboard.

  9. overland says:

    terima kasih chegu…dalam byk2 blog hal fotografi nie, bloq ini satu2 nya yg menarik kerana….info..tips…likn…dan bloger yg aktif dan sama2 berkongsi pengalaman dan ilmu….

  10. Shahrol says:

    Cg mane nk cr perspek tu?

  11. admin says:

    Kedai buat signboard atau plet kereta ada jual perspek tu.

  12. budak bru bljar says:

    salam cg.
    harga perspek tu brape rm?
    kalu pkai d3000 blh ke buat smua ni?
    perlu external flash ker?
    maaf bnyk tnya. bru nk bljr.
    thnks.

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>