

Untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik saya terpaksa pergi awal pagi ke sini. Dalam pukul 6.30 pagi - 7.00 pagi lebih kurang barulah dapat kesan cahaya yang memukau. Lagipun ketika ini pengunjung masih lagi tidur jadi tidak ada gangguan semasa shooting.



Senibina di Dataran Lang ini juga boleh dikatakan unik juga. Kalau anda peminat fotografi senibina (Architecture) di sini adalah lokasi yang agak baik. Cuma sayangnya tempat ini agak tidak terurus menyebabkan banyak kecacatan pada bangunan. Ada yang bertampal-tampal. Jadi saya terpaksa mengelak dari mengambil gambar sedemikian.


Di sekitarnya pula banyak bot dan kapal layar yang berlabuh. Kalau anda ingin membuat ’stock photo’ bot di sinilah salah satu tempat yang patut anda tuju. Walau bagaimanapun di pulau ini terdapat banyak marina. Kalau anda ingin merakam bot-bot yang cantik dan mewah anda kena menjelajah sendiri dan rakamlah bot dan kapal layar mewah sepuas hati anda di sana nanti.
Tags: Langkawi

kt sensor dslr cg ada habuk ke?
Memang ada habuk masa tu sebab masa tukar lens angin kuat jugak. Tapi tak lama lepas tu ok balik sensor tu sebab kamera tu ada sensor cleaning.