Semalam tanpa dirancang saya ternampak patung Arnold ini dipamerkan di sebuah kedai hobi. Tiba-tiba terlintas untuk membelinya kerana merasakan ia adalah bahan yang sesuai untuk memahirkan diri mengambil gambar-gambar potret. Harganya ialah RM60.00. Ternyata apa yang difikirkan tidak sia-sia. Dengan menggunakan lensa 24-105mm dan juga 100mm macro saya berjaya merakam apa yang dihajati. Set-upnya adalah sebagaimana di sini.







Kalau anda melihat pada gambar di atas terdapat sedikit perbezaan. Sekiranya terdapat bayang yang gelap di sisi bermakna saya mengambil gambar itu tanpa reflector manakala yang agak terang menggunakan perspek putih sebagai reflector. Setiap satu menggunakan setting yang berlainan hinggakan ada yang menggunakan aperture f22 dan ada yang menggunakan speed sehingga 1/8000. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah kerana tiada peralatan yang canggih diperlukan sekadar cukup hanya menggunakan satu flash sahaja.
Tags: arnold, lighting effect

salam cg..syabas cg krana berjaya melakukan perkara yg kadang2 tidak terlintas lngsung dlm kotak pemikiran :)hasil yg di perolehi mmg berbaloi..semua gambo di atas canteeekk.
salam cikgu….. apa yg boleh saya katakan di sini cikgu mmg hebat. Saya amat teruja dgn gaya cikgu yg tersendiri dari segi pencahayaan, komposisi serta peralatan yg simple tetapi hasilnya cukup memuaskan. Saya akan mencubanya InsyaAllah.
Jika tidak keberatan bolehkah cikgu memberi tunjuk ajar tentang penggunaan prop dalam fotografi.
Sekian. Wassalam.
W’salam.. kalau nak tahu pasal prop, cuba lihat posting terdahulu. Mungkin cuba search perkataan seperti lighting, flash, food contohnya ada banyak dah saya tunjukkan caranya.
oohhh dah ada… terima kasih cikgu
salam cikgu..nak tanya dekat kuala terengganu kedai mana yang jual asesori kamera murah?
w’salam, saya tak pasti pulak tentang kedai yang jual asesori murah tu.
salam cg……flash mcmane ape yg tbaek stakat ni dan compaible for nikonD90?……
W’salam, pada saya yang terbaik dengan D90 sudah semestinya SB900.