Masih lagi berkisar tentang jetski yang berlangsung baru-baru ini. Sebenarnya kalau anda meminati fotografi, acara seperti ini adakah satu cara untuk anda menguji kreativiti anda umpamanya bermain dengan speed. Speed yang berlainan akan menghasilkan gambar yang berlainan. Begitu juga dengan sudut… walaupun speed sama bila sudut berbeza juga akan menghasilkan kesan yang berbeza.

3

Gambar diatas menggunakan speed yang rendah sahaja lebihkurang 1/60 kalau tak silap saya… di sebabkan jetski tersebut datang dari arah hadapan menghasilkan gambar yang tidak banyak distortion. Hasilnya sangat baik untuk kategori panning.

4

Berbeza dengan yang ini… sudutnya melintang.. bila saya menggunakan speed yang perlahan 1/30 kalau tak silap maka hasilnya nampak pelik sedikit. Tetapi saya sukakannya kerana ianya bagaikan lukisan abstrak.

51

61

7

Dan untuk gambar aksi seperti dia atas anda tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan burst teknik. Pastikan memori kad anda besar kalau tidak anda terpaksa balik awal.

Tags:

5 Responses to “Terengganu World Jetrace Challenge 2010 (2)”

  1. afiq says:

    salam cg..

    nak tanya lagi apa maksud burst teknik?

  2. admin says:

    W’salam,
    Burst tu maksudnya kita buat ‘Continuous shooting’. Kalau kat Nikon dia panggil AF-C (Auto Focus Continuous).

  3. afiq says:

    owh…ok trima kasih cg

  4. asnina says:

    Untuk apa burst teknik cg?

  5. admin says:

    Burst technique tu ialah ‘continuous shot. Boleh dikatakan kebanyakan kamera ada kemudahan ini. Sekali tekan dia akan ambik gambar berturut-turut bergantung kepada model kamera. Ada yang 3, 6,8, 10… semakin banyak bilangan frame /second lagi mahal kamera tersebut.

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>