Semalam saya pergi outing dengan rakan-rakan photosantai.com di Kg. Cina, Kuala Terengganu bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba. Banyak perkara yang boleh dipelajari kalau mengikuti outing sebegini seperti bagaimana hendak setting flash, berapa speed dan aperture yang digunakan, komposisi, waktu mana hendak menekan shutter, lensa mana hendak dipakai, ISO berapa yang sepatutnya, kekuatan flash berapa, off camera flash dan sebagainya. Tetapi pada saya yang paling penting ialah hubungan silaturrahim yang erat sesama rakan yang mempunyai minat yang sama. Jadi kita dapat dua faedah di sini iaitu memahami aspek teknikal dan juga persahabatan.
Bila selesai acara dan masing-masing balik ke rumah dan selepas itu masing-masing mengepos gambar dalam thread di forum. Di situ pula masing-masing dapat melihat kekuatan serta kekurangan gambar yang telah dipostkan dan bagaimana patut dilakukan di masa hadapan untuk meningkatkan lagi skil dalam diri. Itulah serba sedikit coretan saya pasal faedah menyertai forum dan mengikuti outing yang dianjurkan. Selamat melayari..











Tags: Kg. Cina

Salam,
Suka btol tgk gambar2 atas. Saya masih belajar n baru lg dlm photography nie. Nk mintak tips sket sbb problem saya amik gambar dlm low light n moving subject. Saya guna 450d (kit lense + 50mm f1.8 + tele 70-250 f4).Selain guna tripod utk slow shutter, ape lg teknik2/setting dan lens yg sesuai tanpa tripod? Ape setting utk gambar 1,5 dan yg last? Time kasih cikgu.
W’salam, kalau dalam low light sebegini saya akan gunakan speed yang perlahan.. contohnya 1/25. Lagi perlahan speed lagi banyak ambience light akan masuk. ISO saya guna auto sebab malas nak tukar2 biarkan kamera yang tentukan. Aperture saya guna dari f2.8 hingga f8, terpulang kepada kesan yang dikehendaki.
Jadi masalah setting tu bergantung kepada mana satu kehendak kita? kalau no satu saya guna f4 dan speed 1/4, no lima.. f2.8 dan speed 1/15 manakala yang akhir.. f10 dan speed 4 saat.
Assalamualaikum,
Syok jugak tengok outing ramai-ramai macam ni. Rasa jugak nak join, tapi bila ambe tengok kamera-kamera yang dia orang pakai, gempak-gempak semua, segan pulak rasanya. Ambe pakai kamera kecik + murah jer.
Cikgu guna lens ape utk gambo2 tu? Saya tgh consider canon 24-70 f2.8 tp agak mahal. Sigma murah sket tp saya baca review ramai yg recommend canon. Apa pendapat cikgu especially utk ambil gambar wedding or majlis2.
Ibnu Khalif.. kita orang tak kisah kamera mahal atau murah, yang pentingadalah silaturrahim yang terjalin selepas outing tersebut. Jomlah join sekali…
mancoi… saya cadangkan anda join photosantai dan tanya apa lense sesuai untuk wedding. InsyaAllah ramai yang akan bantu nanti. Saya tak berani nak bagi pendapat sebab saya tak buat wedding..
Assalamualaikum,
Cg ada tak kursus DSLR yang cg buat di Ipoh?
Saya teringin sangat nak sertai tp di Terengganu susah skt.
tq
Waalaikummussalam,
InsyaAllah kalau sambutan ok mungkin akan mengembangkan sayap ke seluruh Malaysia. Doa2kanlah..