Baru-baru ini saya ke Puchong, Selangor kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara isteri. Sebab itu lama saya tidak online kat sini. Memandangkan saya membawa kamera dan peralatan yang mencukupi maka secara tak langsung saya menjadi jurugambar tidak rasmi pada majlis tersebut kerana mereka sudah mempunyai jurugambar rasmi (OP)sebenarnya. Di sini saya kongsikan sedikit gambar yang tak seberapa dari saya kerana saya tidak ada pengalaman mengambil gambar kahwin ni melainkan untuk ‘back-up’ saudara mara terdekat sahaja sebelum ini.

44

55

Saya menggunakan WB Kelvin (4800K) bagi mendapatkan skintone yang nampak natural. Saya sudah mencuba AutoWB tetapi hasilnya agak kemerahan dan hasilnya kurang tepat. Flash di bouncekan ke siling bagi menghindarkan bayang dan ditarik keluar kad putih pada flash untuk bertindak sebagai fill-in lighting.

93

24

34

73

64

Sebolehnya saya akan mengambil gambar yang natural sewaktu mereka sedang senyum atau ketawa. Ini akan menambah nilai pada gambar-gambar tersebut jika dibandingkan dengan wajah yang serius sudah tentu akan membosankan dan mewujudkan sedikit kurang keselesaan pada yang melihatnya.

84

115

116

123

Gambar-gambar ‘close-up’ juga perlu dirakam.

104

Dan jangan lupa juga suasana di sekeliling… mungkin ada sesuatu yang menarik yang ramai jurugambar tidak memberikan tumpuan.

Tags:

8 Responses to “Perkahwinan Faja - Syahmi”

  1. mancoi says:

    salam,

    Bole saya tahu saudara gunakan lens ape? Kalau guna prime 50mm saya rasa agak susah nak bergerak sbb space limited. metering setting?

  2. admin says:

    W’salam, kebanyakkan saya guna 24-105mm. Metering… spot.

  3. Wan Hanafi says:

    Cantik gambar2nya…

  4. Najibu says:

    Assalammualaikum En Tolahah…Kecerahan gambar sangat konsisten. Focusing pun sangat bagus. Suasana majlis menyerlah. Banyak dapat saya belajar dari gambar2 di atas.
    Saya juga ingin bertanyakan beberapa soalan diharap En Tolahah boleh beri idea/jawapan. Antara masalah yang biasanya saya hadapi:

    1 - SPOT reading diambil dari area mana? muka?baju? Saya selalu menghadapi masalah gelap pada bahagian muka tetapi terang pada bahagian baju. Terutamanya bila majlis nikah dan outdoor shooting.

    2 - Flash setting guna TTL atau manual. Boleh share setting yang sesuai. Saya biasa guna TTL tetapi selalu tidak konsisten. Kadang-kadang gelap dan kadang-kadang terang.

    Buat pengetahuan En Tolahah saya adalah canon user.

    Terima kasih

  5. admin says:

    Waalaikummussalam Najibu,
    1 - Sebenarnya saya fokus pada mana2 bahagian sahaja pada hari tersebut tanpa mengambilkira samada bahagian tersebut gelap atau cerah. Kunci kepada gambar -gambar tersebut terletak pada penggunaan flash. Kebanyakkannya saya guna f5.6 dan speed 1/30 sahaja bagi mendapatkan ambience light, ISO Auto dan WB 4800K (kelvin). Kalau tengok pada meter dalam kamera akan nampak under satu satu atau dua stop. Pedulikan itu semua.. just shoot dan hasilnya insyaAllah ok.

    Flash di bouncekan ke siling. Kalau tak kuat tambahkan kekuatan +1 misalnya. Dan jangan lupa untuk tarik kertas (reflector card) pada flash kerana ia akan bertindak sebagai fill light kepada bahagian yang mewujudkan bayang (kerana cahaya akan datang dari sebelah atas - kemungkinan bawah dagu, mata, tudung… akan dipenuhi bayang. Bagi shooting menegak pula, boleh gunakan sebarang kertas putih (Saya gunakan belakang business card) bagi menggantikan reflector card tersebut.

    2 - Saya gunakan TTL. Settingnya telah saya terangkan di atas.

    Kesimpulannya… paling mustahak cuba dulu dengan setting yang saya terangkan di atas sebelum tiba acara sebenar. Kalau tak sesuai… cuba sesuaikan dahulu barulah tidak panik semasa ambil gambar semasa acara berjalan.

  6. Najibu says:

    Terima kasih di atas sharing yang diberikan. Insya Allah saya akan amalkannya…

  7. zainkota says:

    Anak sedara isteri cg tu syahmi atau faja? Syahmi tu saya kenal tu…supplier barangan IT kat opis saya kat PJ ni…Syahmi ni pun satu…tak jemput pun mkn nasi minyak….apa pun Selamat Pengantin Baru Syahmi..semoga berkekalan hingga keanak cucu, cicit…AMIN.

  8. admin says:

    zainkota.. anak saudara isteri ialah faja. Mungkin syahmi terlupa tu. Maklumlah orang nak kahwin masa tu memang sibuk dan mungkin ada terlepas pandang..

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>