Baru-baru ini sempat ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal - Sepang) kerana menghantar anak balik ke Kota Bharu. Dalam masa yang singkat itu saya sempat merakam situasi di sana. Keadaannya di situ memang sentiasa sibuk 24 jam tanpa henti.

Paparan elektronik ini adalah tumpuan pertama saya dan semestinya orang lain juga. Ia memberitahu jadual perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Keadaan akan menjadi kelam kabut seandainya papan eletronik ini tidak berfungsi. Ia bagaikan pusat rujukan utama di sini.

Membawa beg sebegini adalah sesuatu yang lumrah.

Mungkin beliau sedang menghantar pesanan kepada rakan atau saudara mara yang menunggu di tempat yang dituju. Atau mungkin juga sedang melayari internet untuk sebarang maklumat. Dunia sekarang begitu mudah.. maklumat boleh didapati dihujung jari dan di mana sahaja.

Ucapan selamat jalan..

Tiang…. Nampaknya ruang digunakan sepenuhnya sebagai alat komunikasi…

Sedang mencari-cari maklumat supaya mudah mengenalpasti destinasi yang ingin dituju…
Tags: airport

wah cantik gambar menarik beg dan papan tanda ucapan selamat jalan tu =)
kapal terbang cikgu? =)