Semalam saya menerima panggilan dari budakli untuk menyertai rakan-rakan forum photosantai yang lain bagi mengambil sesi outdoor pengantin yang baru selesai akad nikah di Masjid Kristal. Memandangkan waktu sudah pukul 10.30 malam, keadaan cahaya persekitaran tidaklah begitu menarik lagi kerana lampu masjid telah pun ditutup dan langit memang sudah gelap.

Kebiasaannya kalau hendak cantik kena ambil waktu maghrib sebab langit masih biru dan terdapat cahaya lampu. Saya menggunakan payung sebagai diffuser bagi melembutkan bayang. Dan inilah hasil yang tak seberapa dari saya sekadar suka-suka untuk memeriahkan suasana bersama kawan-kawan yang lain.

12

22

32

42

Tags:

9 Responses to “Sesi ‘Outdoor’ - Bermain dengan flash”

  1. budakli says:

    nice pose & lighti. ng cikgu.. cung2.. kena nutuk lagi nih

  2. admin says:

    insyaAllah.. tak ada masalah.

  3. Dak Man says:

    Salam, wah best ar gambau outdoor waktu malam ni… Ni terasa nak try mcm mana cikgu buat. Cikgu guna lense apa ek?

  4. admin says:

    W’salam, Dak Man tinggal kat mana, kalau nak tahu ilmu flash secara menyeluruh patut join sekali bengkel yang akan dibuat ni. Murah jer tu, lebih dari tu boleh tanya.

    lens itu 24-105mm L USM (Canon).

  5. Dak Man says:

    Saya kerja area shah alam. Asal melaka. Kalau cikgu rajin masuk ar blog saya n komen & kritik amat dialukan. Tarikh bengkel clash dgn aktiviti saya takpe lain kali je. Terima kasih, cikgu!

  6. irwan says:

    cikgu ni direct flash ke?

  7. admin says:

    Tak.. flash dari tepi, off camera flash. Guna transmitter.

  8. mancoi says:

    cikgu, cikgu guna 2 flash ke satu jer dari tepi? yg dari tepi tu aim direct ke bounce? kad putih tu guna tak?

    mcm best workshop tu tp KT jauh sgt la…mungkin lain kali kalau ade rezeki bole buat di JB plak.

  9. admin says:

    Guna satu flash sahaja ni + payung. Berlawanan dengan arah flash tu letak reflector silver.

    InsyaAllah kalau workshop yang ni berjaya…

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>