Semalam 5 Julai 2010 kira-kira 4.15 petang berlaku kemalangan yang agak mencemaskan berhampiran lampu isyarat Perpustakaan Awam Terengganu. Saya menerima panggilan dari sahabat saya Teck dan terus menuju ke sana (jarak lebih kurang 3 minit bermotosikal). Alhamdulillah berkesempatan merakamkan suasana walaupun sedikit terlewat tapi masih boleh dikategorikan awal juga. Sewaktu sampai api telah dipadamkan oleh pihak bomba.
Mengikut ceritanya lori JKR rosak di tepi jalan. Pomen yang membaikinya (dekat enjin) menyambungkan wayar untuk menghidupkan lori tanpa menyedari gear telahpun masuk. Bila berjaya dihidupkan, lori bergerak sendiri dan pomen tadi lari entah ke mana. Lori (dalam keadaan kepalanya tertonggeng) itu terus menuju ke pembahagi jalan dan cuba keseberang sebelah sana tapi tidak dapat sebab terhalang oleh pembahagi jalan dan juga teksi. Tayar yang berpusing ligat akhirnya terbakar kedua-duanya akibat kepanasan.
Penumpang teksi sedang menerima rawatan.

Johan.. salah seorang penumpang teksi.

Pemandu teksi sedang melayan wartawan arus perdana.

Penunggang motosikal, doktor mengesyaki kakinya patah…
Pandangan lain dari sudut yang berbeza.
Tags: Kemalangan







salam, kelakar pulak tengok picture ke 4 tu. dalam sakit2 tu masih erat lagi memeluk kamera =)
kadang2 pernah jugak try amik gambar kalau kebetulan ada eksiden, last2 polis tanya dari sinar harian ke..he2
boleh jadi reporter ni…
assalamualaikum tolahah.. thanks sbb upload gambar ni.. hari ni baru bleh tgk camane.. sbb baru ni dgr2 cite je n tak tau cite sbenar.. orang cakap lori terbabas sbb driver mengantuk la.. macam2.. then bile tgk gambr2 ni baru tau keadaan sbenar.. hehe.. dah bleh jadi wartawan ni hehe.. tahniah
Waalaikummussalam zahir,
Bolehlah untuk jadi reporter sambilan hehehe
sambilan pun sambilan la.. asalkan enjoy shooting
.. smangat2!!!