Semasa artikel ini ditulis masih lagi berlangsung Festival Gamelan Sedunia di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Malaysia. Malam ini adalah malam terakhir dan saya kira ini adalah salah satu tempat bagi jurugambar menguji kemahiran bagi mengambil gambar pertunjukkan pentas. Bayangkan lampu yang sentiasa berubah-ubah warnanya, jurukamera video di atas pentas yang bergerak ke sana kemari untuk tayangan langsung di skrin besar, asap tiruan yang tiba-tiba muncul di kiri kanan pentas.. semua ini menguji kesabaran serta kecekapan seseorang jurugambar.
Pada saya pertunjukkan ini memang mempunyai keunikannya tersendiri apatah lagi bila melihat persembahan gamelan dari negara Jepun dan yang paling hebat sudah tentulah Indonesia terutama dari kepulauan Jawa.
Ikutilah sebahagian gambar yang sempat saya rakam semalam. Kesemua gambar saya gunakan Aperture priority dan kadangkala Speed Priority untuk mengambil aksi movement (slow shutter).
Tags: Gamelan











nice picture……
sangat unik n berbakat….
dua malam sy pergi kat sana…
n tgok secara live…..mmg best…..
soft & Clean cikgu…bila la saya nak reti shoot mcm ni…bila pegang lens panjang2 ni menggigil je tangan…hehe
Ammier..Rizan.. terima kasih,
memang mengujakan dan lens tu memang macam tu, kena sabar sikitlah.
en.tolahah, ado set WB tak terutama pic yg tak diB&Wkan
WB saya pakai Auto WB sebab warna cahaya sering bertukar2.
Ade lg x gambar show malam terakhir?
Yanna.. malam terakhir saya tak pergi.