

Nama saya Tolahah bin Muda. Dilahirkan di Dungun dan menetap di Kuala Terengganu. Kini sepenuh masa membuat kerja-kerja bersangkutan fotografi dan juga rekabentuk grafik. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau menefon nombor tertera sekiranya inginkan perkhidmatan atau bantuan berkaitan kedua-dua bidang tadi.
Kenapa saya membuat webblog ini?
Webblog ini mempunyai serampang dua mata. Satu sebagai portfolio serta perkara-perkara berkaitan kerjaya saya dan yang keduanya sebagai tempat rujukan ilmu samada dari pengalaman sendiri dan juga dari sumber-sumber rujukan yang lain.
Apakah harapan saya kepada anda yang melihat webblog ini?
Adalah menjadi harapan saya semoga ianya akan menjadi satu sumber rujukan berbahasa Melayu dalam bidang fotografi dan grafik. InsyaAllah saya akan mencurahkan ilmu yang ada untuk kita sama-sama manfaatkan ilmu yang Allah kurniakan ini agar satu masa kelak ia akan menjadi satu kerjaya bagi mereka yang betul-betul meminati bidang ini. Jangan segan untuk sebarkan halaman ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Setiap kali mereka mendapat manfaat dari laman ini bererti anda juga mendapat ganjaran dari Allah swt selagi ianya dijalankan di atas landasan yang betul.


Gambar bersama pelakon cerita Hikayat Merong Mahawangsa.

Assalamualaikum
Saya amat kagum dan bangga dgn usaha En Tolahah. dari seorang yang tidak mengetahui apa-apa tentang photography. Sekarang ini adalah sikit ilmu. Teruskan perjuangan.
SALAM..
SYABAS DI ATAS USAHA ANDA INI…SAYA PUN TURUT KAGUM PADA WEB BLOG ANDA BINA INI…TAHNIAH…
جزاك الله
‘Semoga Allah memberi anda (kebaikan)’.
W’salam, terima kasih.
tahniah kejayaan anda dan minat dalam bidang fotograpi. sangat kurang anak melayu meminati bidang ini. anda seorang berminat dan berani melangkah ke hadapan untuk maju dalam bidang ini. saya seperti anda, tidak pernah belajar mengenai fotografi, oleh kerana minat, belajar melalui pengalaman, bacaan dan melihat foto-foto oleh ahli fotografi rpofesional melalui video dan buku-buku fotografi. berpegang kepada pepatah melayu, hendak seribu daya, takhendak seribu daleh. teruskan. foto-foto saya ada juga di blog dan flickrs. teruskan semoga lebih berjaya.
Terima kasih En Hasbullah atas sokongan dan kata-kata perangsang tersebut. InsyaAllah akan diteruskan selagi keadaan mengizinkan..
ASSALAMUALAIKUM
Saya nak ucap terima kasih kepada En Tolahah, kerana dengan adanya blog ni saya dapat mempelajari apa itu Seni Fotografi. Dari saya xtahu langsung hinggalah saya tahu.
Teruskan perjuangan anda En Tolahah
Majulah Fotografi Untuk Negara
Waalaikummussalam Riezal,
Boleh dah tu slow-slow bergiat dalam fotografi pulak.
salam en tolahah..
saya ni bru lagi dlm bidang grafik ni,dan sy ingn mendalami lagi ilmu grafik..mcmne cara untk belajar dgn cik dengan lebih dekat lg??….Design BY T_P_X
W’salam Taufik,
email saja saya dan tanya apa yang nak tahu. kalau ada artwork boleh juga attachkan sekali nanti saya bagi pendapat apa yang patut.
salam…………
saya baru jer mmliki DLSR Camera Nikon D90
Tp X tahu Tau Sangat Nak Guna…….
Outing Terdekat Ader buat X???
Nak Masuk Join Kongsi Ilmu???
W’salam fazli,
kalau nak cepat pandai jom join http://www.photosantai.com/forum/index.php . Ramai yang boleh bantu di sana. Kalau ada outing pun akan diberitahu di forum berkenaan.
Lagipun ramai jugak yang guna D90 di sana. Boleh bertanya macamana nak guna nanti bila dah berkenal-kenalan.
Terima Kasih…….
Assalammualaikum. Apa kabar sahabat lama ?
Waalaikummussalaammm yaaaa Abbass…,
Dengar khabar lebat bisnes? hehehehe..
Bila pulak mari Terengganu? helo2lah..
Baru terjumpa blog Tuan Haji. selamat bertemu dialam siber semoga dipanjangkan silaturahim yg terputus. bolg saya - http://architorture-cyfu.blogspot.com & web album saya - http://www.flickr.com/photos/cyfu/
ikhlas dari akow.
Assalamualaikum Din,
Selamat bertemu kembali. Ada masa boleh jumpa dan minum2 sekali. Lama jugak dok dengar berita ni.
Salam wbt.
Cikgu,
sy baru je berjinak2 dlm bidang fotografi ni.Mula2 ni saya buat sbg hobi je dulu insyaAllah tak lama nnt sy akan jadik profesional pula.
Ape2pun,webblog cikgu ni byk bantu sy mendalami ilmu2 ‘menembak’ ni.
Tahniah utk cikgu.
Smoga cikgu sentiasa dilindungi Allah SWT.Amin.
W’salam,
Terima kasih Hurairah. Saya doakan anda menjadi penembak professional nanti. hehehehe… insyaAllah.
Assalamualaikum,
Selama ni saya mmg follow blog cikgu.cuma baru skrg ni berjinak2 buat blog - http://muddsteritory.blogspot.com/ & baru je memiliki DSLR yg baru berusia beberapa bulan.Weblog ini sgt membantu dari segi inspirasi. Tahniah & semoga sentiasa maju hendaknya. Amin.
Waalaikummussalam nadzri,
tahniah kerana sudah mempunyai blog sendiri. Teruskan merakam gambar2 yang menarik. Semoga anda berjaya..
sy seorng student photography..
merasakan diri ini masih ketandusan ilmu..skill.dan memerlukan tunjuk ajar dari yang pakar..harap dpt ilmu baru dari luar
Tahniah Saudara Tolahah.Saya juga telah mendapat menafaat dari ilmu yang dicurahkan disini.Terima kasih.
Salam
G ..kamera sy D3000 ..sy rs kurang power laa..kurang2 D90
ape pdt G
W’salam Pokcik,
D3000 adalah kamera DSLR kategori ‘entry level’ manakala D90 pula adalah kategori ‘entry level + semi-pro’. Jadi sudah tenti D90 lebih baik dan lebih banyak fungsinya.
asalamualaikum
saya bukanlah dari kalangan jurukamera, memiliki DSLR pun tidak. tetapi web tuan menjadi destinasi kunjungan saya utk menikmati hasil fotografi yang memberi ketenangan. terima kasih diucapkan atas hasil yang penuh indah, saya mendoakan kesejahteraan tuan (khasnya selepas menjalani pembedahan jantung seketika waktu yg lalu). Mudah2an tuan terus dikurniakan ilham oleh Allah SWT dalam menghasilkan rakaman foto yang mendekatkan kita dengan Dia, Maha Pencipta.
Waalaikummussalam En. Ahmad,
Terima kasih atas dorongan dan doa tersebut. Semoga Allah merahmati tuan.
owh rupanya cikgu tolahah berkealan dengan cikgu abas hassan =) saya antara student cikgu abas .. hehe salam untuk cikgu2 sekalian =)
Oh begitu rupanya vB…
Assalamualaikum,
Tuan,
Disini saya(mahmood badarudin)amat rasa berbangga diatas perjuagan karya tuan yang banyak memberi idea kepada saya, untuk saya berkongsi bersama kawan2 yang lain.
Tuan,
Saya amat berminat tentang ilmu yang tuan berikan kepada saya untuk itu saya berharap tuan dapat membuat satu buku mengenai fotografi dan juga rekabentuk grafik.kerana saya amat berminat dengan cara tuan.
Dengan itu saya berharap tuan dapat menbuatkanya dan saya berharap tuan sihat disisi allah.
(mahmood badarudin)
Waalaikummussalam Mahmood,
Cita2 ke arah itu memang ada tetapi belum terlaksana buat masa ini. Itu yang saya cuba dengan kaedah ini dahulu.
blog ckg ni byk beri inspirasi kp sya yg baru nak mengenal dunia fotografi ni…satu2nya blog dlm Bahasa Melayu…tahniah ckg..semoga sya dpt menjadi seperti ckg satu hari nanti…;)Teruskan usaha…
Terima kasih asnina.
assalamualaikum….
1st sya rsa amt b’sykur krna tlah mnemui blog Tn Tolahah ini..
jga ingn sya ucapkan rsa bngga sya pda Tn dngan smngat yg ada pada Tn.
sbnarnya sya ada m’dpat twran utk m’jdi ahli ftgrafi(2.8.10) trikh untuk m’hdpi ppriksaan ttpi sya krang ykin pda dri sndiri….
jga mslah sya da lah sya hnya mmpnyi mnat yg t’amt2 dlm bdang ini tp sya lngsung tdak tahu mngnai bdang ini wlaupown scra bsic….
blhkah sya thu apakah jnis bhan bcaan yg dpat m’bri sya pngtahuan dlam bdang ftgrai ini?…
Waalaikummussalam pak_sue,
Memandangkan waktu dah terlampau singkat saya rasa agak payah sikitlah nak memahami pasal fotografi secara keseluruhan. Walau bagaimana pun untuk faham secara step-by-step cuba tengok laman ini > http://web.canon.jp/imaging/enjoydslr/ . Laman saya ni dah agak advance tetapi bolehlah diambil sebagai maklumat tambahan terutama dari segi komposisi dan lain-lain teknik.
Salam Cg Tolahah…
Saya selalu tak berkesempatan nak berjumpa dgn cikgu..Insyaallah rasa ingin berguru cukup menebal..cuma belum tiba lagi masanya..boleh la outing sekali nanti..
W’salam Nuzul,
InsyaAllah kalau berkesempatan.