Semalam singgah ke Kuala Lumpur kerana ada mesyuarat di UKM, Bangi. Sempat merakam sedikit sebanyak bangunan sewaktu di sana.
Tags: Kuala Lumpur
Tempat yang sama… dua hari yang berbeza…. komposisi yang berbeza, cahaya yang berbeza, setting kamera yang berbeza, penggunaan lensa yang berbeza… semuanya akan menghasilkan mood gambar yang berbeza. Harap boleh faham apa yang saya maksudkan berdasarkan gambar yang terhasil di bawah.
Tags: Masjid Terapung
Sewaktu berkunjung ke Kota Bharu baru-baru ini saya menginap di homestay Panorama Sungai Kelantan bersebelahan dengan Hotel Ridel. Sewanya sangat berpatutan dan keadaan rumah serta pemandangan sangat menarik sekali. Anda lihat sendiri suasana dalaman serta persekitaran di sini. Pada saya ia sangat berbaloi jika dibandingkan dengan harga yang anda perlu bayar bila menginap di hotel untuk sabuah katil sedangkan di sini anda memperolehi dua katil queen (aircond) dan satu katil double decker (kipas). Jika anda ingin menginap sila hubungi En. Man di sini. Semoga kunjungan anda di Kota Bharu menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Cerita lengkap perjalanan saya boleh diikuti di sini.
Tags: homestay, Kota Bharu
Semasa pergi ke KB baru-baru ini isteri yang memandu. Saya mengambil peluang menembak apa sahaja yang sempat sepanjang perjalanan. Ini kiranya antara yang terbaik memandangkan dishoot dari dalam kereta dan gambar jadi kurang jelas sebab ada cermin hadapan kecuali gambar pertama yang cermin sisinya dibuka.
Tags: Kota Bharu
Ini adalah produk seni tembaga Terengganu. Untuk mengambil gambar sebegini anda memerlukan speed yang tinggi supaya background dapat digelapkan. Kadang-kadang bila barangan lama seperti ini banyak yang sudah berhabuk dan untuk membersihkannya sudah tentu memakan masa jadi teknik ini salah satu yang boleh digunakan untuk meminimakan kecacatan yang mungkin kelihatan dan gambar akan kelihatan lebih bernilai estetika.
Tags: tembaga
Tarikh: 7 Ogos 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu
Masa: 2.30 ptg - 11.00 malam
Yuran : RM199.00 (Termasuk 3 x makan)
Terhad kepada 20 peserta sahaja.
Pengendali Kursus : Azmi Ismail (Pelaris)
Sesiapa berminat sila hubungi: 012-9578345
Tags: bengkel
Ada sedikit lagi baki gambar yang diambil pada malam tersebut. Sesetengah gambar saya menggunakan ‘burst mode’ bagi mendapatkan aksi yang diperlukan. Bayangkan dalam keadaan limpahan lampu yang kadang kala berwarna merah, kadang kala kuning.. oren… biru… dan kadang kala terang dan kadang kala malap membuatkan gambar akan menjadi ‘kadang kala menjadi dan kadang kala hancur’ hehehe… Jadi nasib adalah salah satu faktor penentu di sini.
Tags: Gamelan
Semasa artikel ini ditulis masih lagi berlangsung Festival Gamelan Sedunia di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Malaysia. Malam ini adalah malam terakhir dan saya kira ini adalah salah satu tempat bagi jurugambar menguji kemahiran bagi mengambil gambar pertunjukkan pentas. Bayangkan lampu yang sentiasa berubah-ubah warnanya, jurukamera video di atas pentas yang bergerak ke sana kemari untuk tayangan langsung di skrin besar, asap tiruan yang tiba-tiba muncul di kiri kanan pentas.. semua ini menguji kesabaran serta kecekapan seseorang jurugambar.
Pada saya pertunjukkan ini memang mempunyai keunikannya tersendiri apatah lagi bila melihat persembahan gamelan dari negara Jepun dan yang paling hebat sudah tentulah Indonesia terutama dari kepulauan Jawa.
Ikutilah sebahagian gambar yang sempat saya rakam semalam. Kesemua gambar saya gunakan Aperture priority dan kadangkala Speed Priority untuk mengambil aksi movement (slow shutter).
Tags: Gamelan














































Komen & Soal-Jawab