Tarikh: 7 Ogos 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu
Masa: 2.30 ptg - 11.00 malam
Yuran : RM199.00 (Termasuk 3 x makan)
Terhad kepada 20 peserta sahaja.
Pengendali Kursus : Azmi Ismail (Pelaris)
Sesiapa berminat sila hubungi: 012-9578345
Continue reading about Terengganu 2010 - Photography Workshop
Ini adalah antara shot terakhir saya semasa bengkel pertama hari ke dua ketika melawat ke taman tema. Keesokkannya saya terus ke IJN untuk rawatan dan sehingga sekarang tidak lagi mengambil gambar kerana keadaan belum mengizinkan.
Setelah sekian lama berehat, saya cuba updatekan laman ini slow-slow kata orang walaupun tidak begitu sihat sepenuhnya lagi.
Angle yang jarang oarang ambil bila ada sesuatu bengkel. Sebagai jurugambar anda tidak perlu bimbang kerana mempunyai ‘lesen besar’. Sudut seperti ini akan memberikan mood yang cukup berbeza.
Tunggu saat yang sesuai dan baru petik shutter. Berikan sedikit ruang… [...]
Alhamdulillah selesai sudah siri pertama. Semuanya berjalan lancar walaupun ada kekurangan di sana sini namun tidaklah mengganggu perjalanan bengkel. Terima kasih kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung, Baik secara realiti mahupun secara alam siber.
Foto kredit: Teck
Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian. Thank you all..
Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar di hari pertama bengkel ‘Kuasai DSLR dalam masa 2 hari’ berlangsung. Setelah sehari suntuk didedahkan dengan teori-teori penting, esok mereka akan mula keluar ke kawasan sekitar untuk melakukan sesi praktikal pula. Semoga anda enjoy dengan gambar-gambar yang dipaparkan ini.
Alhamdulillah semua persiapan berjalan lancar sebagaimana diharapkan cuma menunggu saatnya sahaja. Beginilah keadaannya untuk bengkel yang bakal diadakan nanti. Ianya terletak di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Kepada yang telah berdaftar untuk bengkel pertama pada 10-11 April ini, hendaklah datang seawal pukul 8.00 pagi untuk proses pendaftaran. Ini bagi melicinkan perjalanan bengkel ini nanti agar [...]
Seorang lagi tenaga pengajar di bengkel ini nanti ialah Tan Hock Teck, seorang jurugambar serba boleh. Beliau akan berkongsi pengalaman serta menerangkan secara lebih lanjut bagaimana beliau mengendalikan DSLR dalam situasi yang berbeza. Satu peluang yang baik untuk anda mendapatkan ilmu darinya.
Dibawah adalah sebahagian dari hasil kerja saudara Azizi Manaf a.k.a warnaiman yang akan mengendalikan bengkel ini nanti. Beliau akan berkongsi pengalaman bagaimana melihat sesuatu subjek dari sudut komposisi, pengcahayaan dan sebagainya.
Mungkin ramai beranggapan apa guna mempelajari DSLR sedangkan setakat ini apa yang diambil sudah menjadi. Set Auto dan siap!. Jika anda hanya inginkan gambar yang ‘menjadi sahaja’ saya nasihatkan jangan bazirkan wang anda bukan sahaja untuk menyertai bengkel ini bahkan jika anda belum lagi membeli kamera saya nasihatkan beli sahaja kamera digital P&S (Point and [...]
Memandangkan permintaan yang cukup tinggi terhadap bengkel ini, kami memutuskan untuk meneruskannya dari masa ke semasa. Kami memohon kerjasama kepada sesiapa yang berminat untuk menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka juga mendapat manfaat dari bengkel ini. Semoga usaha anda tadi diberkati serta diberikan ganjaran oleh Allah swt.
Sila klik kepada imej di atas untuk memuat [...]

Komen & Soal-Jawab