Porto Malai, satu lagi resort yang menjadi sebutan kerana keunikan bangunannya. Terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Jika anda berminat untuk merakam senibina bangunan, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
Satu lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah kompleks Makam Mahsuri. Di sini terdapat pelbagai perkara yang dapat anda dapat tonton bermula dengan galeri sejarah Mahsuri (maaf tidak dibenarkan merakam gambar dan video di sini), persembahan gamelan, taman mini binatang/burung, muzium kraf, grai cenderahati, makam mahsuri, rumah tradisional dan bermacam-macam lagi. Satu lawatan yang berbaloi [...]
Kalau anda rajin menjelajah di pulau ini, selain dari Underwater World anda akan temui banyak lagi tempat-tempat lain yang mempamerkan binatang-binatang yang jarang ditemui dan juga burung. Gambar di bawah adalah sebahagian yang saya sempat rakam sewaktu di sana.
Sebahagian lagi gambar-gambar kereta kabel sewaktu di sini. Kebanyakan gambar saya ambil sewaktu berada di dalam koc kereta kabel. Sebagai kesimpulannya ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan serta menginsafkan dan bila berada di atas kita akan berasa begitu kerdil dengan ciptaan Allah yang maha agung ini bila kita bandingkan diri kita dengan gunung serta lurah [...]
Sekarang mari kita tumpukan perhatian sejenak kepada ’suspension bridge’ atau jambatan gantung besi ini. Sebaik sahaja menjejak kaki ke sini saya terasa sangat kagum sekali dengan cara pembuatannya. Bayangkan di puncak gunung manusia mampu membina struktur sehebat ini. Yang lebih hebat dari itu berbalik kepada pencipta kita.. Allah swt yang memberikan manusia akal untuk menjadikannya [...]
Pertama kali naik kereta kabel yang mendongak seperti ini memang mendebarkan serta mengujakan. Anda akan terasa lonjakkan pada saat mula berlepas dari stesen dan juga apabila sampai kepada menara penyokong kabel.
Tips mengambil gambar: Bagaimana ingin medapatkan gambar yang terang kedua-dua dalam dan luar seperti ini? Anda boleh set pada A (aperture priority) dan ambil bacaan [...]
Langkawi Geopark.. adalah merupakan tarikan terbaru dan canggih di sini. Ia merupakan salah satu destinasi yang boleh dikategorikan sebagai ‘mesti pergi’ kepada yang berkunjung ke pulau ini. Pastikan anda membawa bersama kad pengenalan untuk mendapat potongan harga. Hari ini saya pergi bersama keluarga (4 dewasa dan 1 kanak-kanak) dikenakan bayaran sebanyak RM65.00 sahaja berbanding dengan [...]
Salah satu tempat yang harus dikunjungi sewaktu berada di Pulau Langkawai ialah Langkawi Underwater World. Pelbagai jenis hidupan laut dan darat terdapat di sini. Pengcahayaan di dalamnya agak kelam jadi susah sikit untuk mengambil gambar kerana speednya akan menjadi sangat perlahan. Kebanyakkan shoot saya gunakan ISO yang agak tinggi dan terpaksa menukar setting kepada burst [...]
Untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik saya terpaksa pergi awal pagi ke sini. Dalam pukul 6.30 pagi - 7.00 pagi lebih kurang barulah dapat kesan cahaya yang memukau. Lagipun ketika ini pengunjung masih lagi tidur jadi tidak ada gangguan semasa shooting.
Senibina di Dataran Lang ini juga boleh dikatakan unik juga. Kalau anda peminat fotografi senibina [...]
Alhamdulillah saya selamat tiba di rumah pada lewat petang semalam. Banyak gambar-gambar menarik yang sempat saya rakam sewaktu berada di Pulau Langkawi untuk dikongsi bersama. Harap dapat sabar menunggu satu per satu. Saya mulakan dengan gambar replika burung helang sebaik sahaja menjejaki pulau lagenda ini.
Gambar-gambar ini saya pelbagaikan sudutnya. Apa yang ingin saya nyatakan di [...]

Komen & Soal-Jawab