Kesemua gambar ini tidak menggunakan payung sebaliknya flash yang di’bounce’kan ke siling. Kalau rasa cahaya tidak mencukupi, tambah kekuatan flash.
Kadangkala bila isteri anda memasak agak istimewa pada hari-hari tertentu, kenapa tidak mengambil peluang tersebut untuk mencuba ‘food photography?’ Cuma gunakan bekas yang menarik dan lakukan sedikit hiasan… itu sahaja.
Gambar ini diambil semalam di sebuah restoran kepunyaan seorang rakan yang baru dibuka Classic Delight Bakery & Cafe di Tok Adis Indah, Kuala Ibai. Gambar-gambar ini adalah sebahagian kecil dari gambar-gambar yang diambil untuk membuat menu, hiasan dinding, poster dan sebagainya. Setelah mengambilnya saya dan rakan-rakan yang lain dihidangkan makanan tersebut bagi mencuba rasanya. Apa [...]
Beberapa koleksi makanan yang saya ambil selama ini. Semuanya menggunakan satu flash dengan sumber cahaya dari sebelah kanan.
Tahukah anda dengan hanya menambah sedikit perhiasan di dalam gambar anda akan menambah nilai kepada gambar tersebut? Ini adalah contohnya bagaimana sayur masak lemak pucuk ubi ini menjadi lebih menarik dengan adanya daun pucuk ubi di bawah pinggan tersebut.
Semasa shooting, cuba dengan pelbagai sudut yang berlainan.
Kelak anda akan bertemu dengan sudut-sudut terbaik yang anda tidak [...]

Komen & Soal-Jawab